Links | Kalimah Allah: Belia jangan ekstrem |
|
|
|
| Monday, 11 January 2010 | |
|
SEREMBAN 9 Jan. - Golongan belia di negeri ini dinasihat jangan bertindak secara ekstrem dalam berhadapan isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald - The Catholic Weekly. Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Wan Mohd. Fazamy Azwandy Mohd. Razalli yang kecewa dengan kejadian membakar gereja di Lembah Klang semalam berkata, tindakan itu tidak mencerminkan perpaduan kaum 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri. ''Kami berharap dan merayu kepada semua pihak terutamanya golongan belia di negeri ini agar tidak bertindak melulu dalam usaha mencari penyelesaian berhubung isu ini kerana ia boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara. ''Kita serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk mencari jalan dalam menyelesaikan isu kontroversi ini," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Jelasnya, campur tangan dan tindakan ganas yang dilakukan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan sekali gus memberi imej buruk kepada umat Islam di negara ini. ''Bertindak secara ganas tidak akan menyelesaikan masalah ini sebaliknya akan memburukkan lagi keadaan," ujarnya. Sehubungan itu Wan Mohd. Fazamy berkata, beliau menyeru orang ramai menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin negara dan raja yang semakin risau berhubung isu tersebut. Katanya, beliau berharap berharap pihak berkuasa dapat mengawal dan mempercepatkan proses penyelesaian isu itu demi memelihara perpaduan gagasan 1Malaysia yang diuar-uarkan. Semalam, tiga buah gereja di Lembah Klang iaitu Gereja Metro Tarbenacle, Gereja Assumption dan Gereja Chapel dibaling dengan bom petrol. Dalam kejadian itu hanya Gereja Metro Tarbenacle di Taman Desa Melawati yang terbakar. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
Seluar jeans julang nama
Oleh Misiah Taib Idris Haron
Idris jadi tempat rujukan jika pelajar kehi...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 
| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my