• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Sunday
Mar 14th
Home arrow Terkini arrow Mampu bawa suara orang muda
Mampu bawa suara orang muda PDF Cetak E-mail
Saturday, 09 January 2010

Active Image

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Para perwakilan pertubuhan belia negara ini menyambut baik keputusan pemilihan ahli jawatankuasa kerja Majlis Belia Malaysia (MBM) sesi 2010-2012 dengan menyifatkannya sebagai golongan pemimpin yang boleh bekerja.

Rata-rata mereka yakin, kepimpinan yang diterajui oleh Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, Mohamed Maliki Mohamed itu mampu membawa suara orang muda ke peringkat kepimpinan negara selain menarik lebih banyak penyertaan.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, kepimpinan yang diberi mandat oleh perwakilan itu merupakan kepimpinan muda yang mempunyai karisma.

"Diharapkan di sebalik usia mereka yang muda, para pemimpin ini mampu bertindak lebih berani untuk bersuara mengenai isu-isu yang relevan dengan perkembangan semasa seperti perkauman dan keagamaan yang kian panas kini.

"MBM perlu berani dan tegas dalam menangani isu-isu seperti itu. Kita tidak mahu belia dipesongkan pemikirannya dan tidak lagi menjaga perpaduan kaum yang menjadi teras kekuatan negara," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan berkenaan.

Ditanya keyakinannya terhadap kebolehan barisan pemimpin itu, Jais meminta agar ahli MBM memberi masa untuk mereka membuktikan kemampuan.

"Kita perlu memberi ruang secukupnya kepada mereka. Usahlah bersikap prejudis dan yakinlah sepenuhnya terhadap kepimpinan yang telah kita pilih," katanya.

Sementara itu Presiden Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM), Low Eng Tack berharap barisan kepimpinan baru itu akan berusaha mendekati golongan muda dengan cara yang lebih efisien dan menarik.

"Belia hari ini sudah berbeza berbanding dahulu. Kita perlu kenal apa yang mereka minati dan mahukan agar mampu mendekati mereka.

"Diharapkan kita tidak lagi terikut-ikut dengan cara mendekati golongan muda secara melulu. Barisan kepimpinan ini terdiri dari mereka yang berusia 40 tahun ke bawah dan saya pasti ia akan banyak membantu dalam mendekati golongan muda," katanya yang memenangi jawatan Naib Presiden MBM.

Beliau dalam pada itu tidak dapat menyembunyikan kekecewaan terhadap pemilihan exco yang dilihat menyebelahi calon-calon Melayu.

"Diharapkan Presiden yang baru dilantik akan menunaikan janji dengan mengambil kaum lain sebagai exco lantikan. Saya pasti ia bukan masalah kerana beliau juga sudah berjanji untuk bersikap adil kepada semua kaum dalam pertubuhan ini," ujarnya.

Perwakilan Majlis Kelab Bell Tamil Malaysia, M. Kalaivani pula menaruh keyakinan terhadap kemampuan Mohamed Maliki menerajui pertubuhan belia terbesar negara itu secara adil dan saksama.

"Beliau tahu bagaimana untuk bekerja. Saya pasti beliau tiada masalah untuk memberi layanan sama rata kepada semua gabungan pertubuhan.

"Dibantu barisan kepimpinan bawahannya, saya rasa beliau mampu mentadbir MBM dengan baik," ujarnya.

Exco Majlis Belia Perak, Razaligh Hamzah pula menganggap perwakilan telah membuat keputusan tepat bagi memilih kepimpinan MBM kerana rata-rata mereka yang dipilih merupakan individu yang berpengalaman serta telah lama berada dalam MBM.

"Namun, saya harap agar jawatan yang diberi tidak dijadikan tiket untuk mereka bermegah-megah tanpa membuat kerja.

"Mereka seharusnya turun padang dan mendekati pertubuhan belia di setiap negeri untuk bertanya khabar dan memberi nasihat," katanya.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM-SWAn sedia jalin kerjasama Active Image
Kuala Lumpur, 10 Mac 2010 - Ramai antara kita hanya sedar bahawa isu AIR adalah isu yang hanya melibatkan kepenggunaan air secara domestik sahaja. Isu air bagi kita, hanyalah isu yang remeh temeh dan kita sebagai pengguna air hanya memikirkan bagaimana untuk membayar bil air setiap bulan. Tetapi sebenarnya, disebalik pandangan kita itu, isu air merupakan isu yang amat penting samada pada peringkat nasional mahupun antarabangsa. Air merupakan sumber yang penting dan masyarakat seharusnya sedar tentang perkara ini. Faktor air juga boleh menentukan ekonomi sesebuah negara serta taraf sosial masyarakatnya. Sedar tentang kepentingan air ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) bersedia untuk bekerjasama dengan Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAn) bersedia untuk menggerakkan seluruh belia bagi memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya air ini. Kesediaan MBM ini telah dinyatakan sendiri oleh Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Setiasuaha MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz ketika mengadakan pertemuan dengan pihak SWAn yang diwakili oleh Naib Presidennya, YBhg. Dato' Muhammad Azaham Abdul Wahab, yang juga mantan Presiden MBM. Pertemuan selama 2 jam ini banyak membincangkan kerjasama yang boleh diadakan antara 2 pihak.
File Not Found

File Not Found

The requested URL was not found on this server.

Keseluruhan artikel...
 
         
 

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my