| MBM perlu teguh sokong kerajaan |
|
|
|
| Thursday, 07 January 2010 | |
|
KUALA LUMPUR 6 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta seluruh kepimpinan baru Majlis Belia Malaysia (MBM) yang bakal dibentuk Jumaat ini supaya terus memberi sokongan padu kepada kerajaan. Perdana Menteri berkata, langkah itu adalah selaras dengan pendirian kerajaan pada hari ini yang sentiasa menyokong serta membantu perjuangan golongan belia di negara ini. "Dalam masa 36 jam lagi akan berlaku pemilihan dalam MBM dan ramai di kalangan kepimpinan sedia ada yang akan bergelar mantan, tetapi saya percaya ini merupakan evolusi dalam hidup. "Saya harap yang baru akan ikut jejak langkah Presiden sedia ada dan mantan-mantan sebelum ini yang masih setia dengan kerajaan. "Saya senang hati melihat hubungan gerakan belia dengan kerajaan sejak dahulu sehingga sekarang," katanya ketika berucap melancarkan Pertubuhan Alumni MBM dan merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MBM Ke-58 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini. Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Presiden MBM, Datuk Shamsul Anuar Nasarah. Pemilihan pada perhimpunan selama tiga hari sehingga Jumaat ini dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Presiden MBM. Individu yang disebut-sebut bertanding ialah Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO yang juga bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Presiden Majlis Belia Pulau Pinang, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Belia 4B, Shukor Mohd. Yusof. Dalam pada itu, Najib berkata, penubuhan Pertubuhan Alumni MBM adalah langkah terbaik bagi memberi peluang kepada pemimpin badan itu yang melebihi had umur 40 tahun untuk meneruskan perjuangan mereka. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my