| Kes Kulasegaran: Lagi NGO buat laporan polis |
|
|
|
| Tuesday, 15 December 2009 | |
|
KUALA LUMPUR 9 Dis. - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini membuat laporan di Balai Polis Sentul berhubung kenyataan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang terus mempersoalkan perihal ketuanan Melayu. Laporan polis itu dibuat oleh Presiden GPMS, Jais Abdul Karim yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul kira-kira pukul 10 pagi ini ditemani beberapa ahli gabungan itu. Menurut Jais, apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat itu dilihat satu kenyataan berbaur hasutan yang boleh menimbulkan suasana tidak selesa di negara ini. Katanya, kenyataan Kulasegaran itu turut termaktub dalam lima perkara yang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan. "Sehubungan itu, GPMS hari ini membuat laporan agar pihak polis dapat menjalankan siasatan di bawah Akta Hasutan atas apa yang dikeluarkan oleh Kulasegaran. "Kenyataan itu dilihat boleh menyebabkan perpecahan kaum dan mengakibatkan berlaku huru-hara dalam negara," katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan IPD Sentul di sini hari ini. Kulasegaran pada 3 Disember lalu mengeluarkan kenyataan mempersoalkan perihal ketuanan Melayu kerana disifatkan tidak adil untuk kaum lain semasa sidang Parlimen. Jelas Jais, GMPS turut menghantar memorandum bantahan kepada Kulasegaran di bangunan Parlimen hari ini. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
Seluar jeans julang nama
Oleh Misiah Taib Idris Haron
Idris jadi tempat rujukan jika pelajar kehi...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 
| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my