• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Sunday
Mar 21st
Home
MBFM tubuh Majlis Permuafakatan Generasi Peneroka Kebangsaan PDF Cetak E-mail
Tuesday, 15 December 2009

RAUB 14 Dis. - Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) menubuhkan Majlis Permuafakatan Generasi Peneroka Kebangsaan (Muafakat) sebagai medium baru untuk menjaga kebajikan peneroka di negara ini.

Yang Dipertua Muafakat, Datuk Abdullah Abu Bakar (gambar) berkata, organisasi yang ditubuhkan minggu lalu itu dianggotai oleh Jawatankuasa MBFM dan bekas pemimpin belia Felda yang berusia lebih 40 tahun.

Katanya, mesyuarat khas di Sekretariat MBFM di Ibu Pejabat Felda Kuala Lumpur semalam mengiktiraf penubuhan Muafakat bagi memperjuangkan nasib peneroka di negara ini.

''Penubuhannya sejajar dengan Akta Pembangunan Belia 1997 bagi memberi peluang kepada bekas pemimpin belia mempunyai sebuah organisasi baru.

''Anggota Muafakat yang terdiri daripada bekas pemimpin belia Felda di peringkat kebangsaan, negeri, wilayah dan tanah rancangan layak menjadi ahli bagi memperjuangkan isu-isu relevan untuk masyarakat itu,'' katanya.

Beliau bercakap kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan perjumpaan dengan barisan Exco MBFM Pahang di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden MBFM, Datuk Ramli Ismail yang juga Penasihat Muafakat.

Abdullah yang juga Timbalan Presiden MBFM berkata, Muafakat akan memainkan peranan sebagai sebuah organisasi yang menyuarakan pendapat dan kritikan demi kebaikan Felda.

Katanya, Muafakat berikrar menjadi organisasi yang bertanggungjawab menyokong dasar kerajaan tetapi kritis terhadap sebarang projek yang bertentangan dengan kehendak majoriti rakyat.

''Muafakat bukannya badan yang cenderung kepada fahaman politik parti tertentu di negara ini,'' katanya.

Bagaimanapun, tegasnya, Muafakat akan memastikan pemikiran generasi baru Felda tidak diracuni sehingga menyebabkan mereka tidak dapat melihat kebaikan Felda dan kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Ramli memberitahu, mesyuarat khas MBFM semalam turut melucutkan jawatan Exco yang dilantik bagi mengelakkan mereka menggunakan kedudukan itu untuk bertanding dalam pemilihan akhir tahun ini.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image Beri peluang pelatih PLKN untuk sertai belia
Active Image
Kuala Lumpur, 18 Mac 2010 - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan salah satu program yang berjaya dalam mendidik serta melatih remaja lepasan SPM dalam menyiapkan diri dengan prinsip kenegaraan. Namun, ada segelintir bekas pelatih yang tamat latihan PLKN masih lagi mencari arah dalam menempatkan diri mereka ke dalam masyarakat. Melihat akan perkara tersebut, MBM mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi membincangkan beberapa program bersama. Delegasi MBM  seramai 8 orang ini diketuai sendiri oleh Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee  telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Ketua Pengarah JLKN, Y.Bhg Dato’ Hj. Abdul Hadi Bin Awang Kechil yang turut bersama dengan beberapa orang pegawai kanannya. Pertemuan selama lebih dua jam ini turut membincangkan beberapa isu antaranya isu persatuan alumni PLKN.
Active Image
File Not Found

File Not Found

The requested URL was not found on this server.

Keseluruhan artikel...
 
         
 

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Who's Online

Saat ini ada 11 tetamu online

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my

Polls