• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow Belia Malaysia, Indonesia kutuk jenayah kemanusiaan
Belia Malaysia, Indonesia kutuk jenayah kemanusiaan PDF Cetak E-mail
Friday, 04 August 2006

PUTRAJAYA: Pemuda Malaysia dan Indonesia menghantar memorandum kepada mesyuarat khas Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di sini semalam bagi mendesak pertubuhan itu mengutuk sekeras-kerasnya jenayah kemanusiaan Israel terhadap rakyat Palestin dan Lubnan.

Memorandum diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempengerusikan Mesyuarat Negara Rakan Kepada Pengerusi OIC ke-10 yang berlangsung di sini.

Seawal jam 8.30 pagi, lebih 150 pemuda Malaysia dan Indonesia berkumpul di hadapan Hotel Marriot Putrajaya untuk menyampaikan surat itu.

Ahli perhimpunan terdiri daripada wakil pertubuhan belia dan politik termasuk Pemuda Umno, Majlis Belia Malaysia, Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) serta beberapa pertubuhan belia Indonesia termasuk Komite Nasional Pemuda Indonesia (KPNI).

Perhimpunan aman yang diketuai Pengerusi Agama Pemuda Umno, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin diadakan di depan jalan masuk ke hotel tempat persidangan. Mereka membawa pelbagai kain rentang mengutuk kekejaman Israel, Amerika Syarikat dan sekutunya untuk dilihat perwakilan yang melintas masuk ke tempat mesyuarat.

Presiden MBM, Shamsul Anuar Nasarah bersama 12 wakil perhimpunan kemudiannya menyerahkan memorandum itu kepada Abdullah jam 9.30 pagi.

Selain meminta OIC mengeluarkan pernyataan keras terhadap kekejaman Israel, memorandum menggariskan resolusi meminta IOC mengecam sekeras-kerasnya keganasan Israel di luar batas kemanusiaan terhadap rakyat Lubnan dan Palestin.

Antara resolusi lain dalam memorandum itu ialah menggesa Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi gencatan segera dan tidak bersyarat antara Israel dan Lubnan yang dipantau pasukan pengaman antarabangsa, pengunduran tentera Israel dari Lubnan, mengembalikan Lembah Sheeba kepada Lubnan dan bertukar tahanan.

menggerakkan penyertaan pasukan pengaman antarabangsa Malaysia untuk memantau proses gencatan senjata;

mendesak Majlis Keselamatan PBB melipatgandakan usaha merangka resolusi adil dan segera bagi mengatasi masalah di Palestin berasaskan pelbagai resolusi Majlis Keselamatan yang berkaitan kerana masalah Palestin ialah punca masalah di Asia Barat;

menyalurkan bantuan kemanusiaan dan usaha membina semula Lubnan, dan

merayu komuniti antarabangsa menyalurkan bantuan kemanusiaan dan usaha membina semula Lubnan, termasuk membantu membawa pulang pelarian.


©The New Straits Times Press (M) Berhad
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my