• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK PDF Cetak E-mail
Friday, 21 August 2009
Active ImageMajlis Belia Malaysia (MBM)  mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam yang akan mula berpuasa pada 22 Ogos 2009 (Sabtu). Bersempena bulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini, MBM menyeru agar seluruh belia yang beragama Islam dapat mengambil kesempatan ini untuk mengisi masa-masa yang ada untuk beramal. Ini kerana bulan Ramdhan ini merupakan bulan berganda iaitu setiap amalan yang baik akan mendapat pahala yang berganda-ganda. Tetapi harus diingat dan dijauhi segala maksiat kerana ianya turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan telah dirantai oleh Allah. Ianya berlaku disebabkan jiwa dan hati kita telah sebati dengan amalan maksiat yang sering kita buat.

Sabda Rasulullah saw.: "Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Oleh itu, sempena dengan bulan penuh kesucian dan keberkatan ini, marilah kita bersama-sama berusaha untuk mengikis sifat-sifat buruk yang telah lama bersama kita dan gunakan masa ini untuk mendidikan kembali jiwa dan iman kita dengan berpuasa. Ini kerana dengan berpuasa, ianya akan dapat mendidik jiwa dan iman kita untuk menjauhkan segala amalan mungkar dan mendekatkan kita dengan Yang Maha Kuasa.

Berpuasa juga bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah ianya juga dapat mencegah kita dari terjebak dengan maksiat dan  Allah S.W.T amat menyintai orang-orang yang berpuasa kerana berpuasa ini merupakan jihad di sisi Nya.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Dan, dengan  kedatangan Ramadhan ini juga, diharap seluruh belia beragama Islam akan dapat mencapai cita-cita untuk meningkatkan amalan agar diampunkan seluruh dosa-dosa.

Sabda Rasulullah saw: ”Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my