• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Saturday
Mar 20th
Home arrow Kenyataan Akhbar arrow Tahniah dan Syabas
Tahniah dan Syabas PDF Cetak E-mail
Friday, 26 June 2009
Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas  kepada semua pelajar-pelajar baru  di seluruh Institut-institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang akan memulakan sesi semester barunya pada  bulan Julai ini. Pada kesempatan ini juga, MBM amat berharap agar semua pelajar-pelajar baru ini akan dapat memahami bahawa mereka adalah harapan Negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dikecapi sekarang.

MBM ingin mengingatkan kepada pelajar-pelajar yang kini bergelar mahasiswa dan mahasiswi ini  untuk mengamalkan sikap positif dan tekad yang padu untuk berjaya. Mahasiswa mahasiswi perlu merasakan betapa bertuahnya terpilih untuk melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS. Nasihat MBM kepada semua, anda berusaha bersungguh-sungguh untuk memikul tanggungjawab secara kolektif bersama warga Universiti untuk menaikkan nama Universiti  dan Negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Active ImageSingkirkan segala sikap negatif, sambil lewa, malas dan suka bertangguh. Tingkah laku dan amalan ini tidak sesuai untuk dipraktikkan dalam budaya kecemerlangan. Di samping itu, hayati keseronokan dan kepayahan ketika mengutip ilmu pengetahuan ketika mahasiswa masih bergelar “pelajar”. Segala-galanya bermula disini, dengan kenangan dan cabaran yang menuntut banyak pengorbanan dan kecekalan, sekaligus membentuk personaliti dan kebolehan pelajar baru.
Akhir kata, MBM sekali lagi ingin menyeru agar semua mahasiswa agar jauhkan diri dari sebarang kegiatan yang tidak bermoral dan yang dilarang oleh Agama. Gunakan masa yang terluang untuk menyertai aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti persatuan pelajar ataupun persatuan belia. Sesungguhnya, ilmu yang seiring dengan pengalaman berpersatuan akan dapat memastikan kejayaan sentiasa berada dalam gengaman.

Sekian. Terima kasih.

Tajudin Ahmad
Setiausaha Agung
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image Beri peluang pelatih PLKN untuk sertai belia
Active Image
Kuala Lumpur, 18 Mac 2010 - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan salah satu program yang berjaya dalam mendidik serta melatih remaja lepasan SPM dalam menyiapkan diri dengan prinsip kenegaraan. Namun, ada segelintir bekas pelatih yang tamat latihan PLKN masih lagi mencari arah dalam menempatkan diri mereka ke dalam masyarakat. Melihat akan perkara tersebut, MBM mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi membincangkan beberapa program bersama. Delegasi MBM  seramai 8 orang ini diketuai sendiri oleh Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee  telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Ketua Pengarah JLKN, Y.Bhg Dato’ Hj. Abdul Hadi Bin Awang Kechil yang turut bersama dengan beberapa orang pegawai kanannya. Pertemuan selama lebih dua jam ini turut membincangkan beberapa isu antaranya isu persatuan alumni PLKN.
Active Image
File Not Found

File Not Found

The requested URL was not found on this server.

Keseluruhan artikel...
 
         
 

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my