Kenyataan Akhbar
Kenyataan Akhbar | Kenyataan Akhbar |
|
|
|
| Thursday, 25 June 2009 | |
|
KENYATAAN AKHBAR SETIAUSAHA AGUNG MAJLIS BELIA MALAYSIA Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mewakili 40 buah pertubuhan utama di Malaysia dan merupakan Majlis Belia Kebangsaan yang mewakili Malaysia di pentas dunia terutamanya dalam isu-isu yang berkaitan dengan golongan belia, menyokong penuh kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin Abdullah yang dikeluarkan semalam ketika berucap menutup Forum Belia sempena Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Komanwel (CCEM) Ke- 17 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Dalam kenyataan tersebut, beliau menyeru agar pemimpin-pemimpin negara anggota Komanwel perlu mendengar 'suara' golongan belia berhubung apa jua isu kerana mereka mewakili salah satu segmen masyarakat terbesar bagi sesebuah negara. MBM yakin, suara dan peranan golongan belia sebenarnya telah banyak mempengaruhi jatuh bangunnya sesebuah Negara dan ini seharusnya menjadi perhatian utama kepada pemimpin-pemimpin di sesebuah Negara. Di Malaysia, kerajaan amat prihatin dengan suara golongan belia ini dan ianya terbukti dengan penubuhan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang dilihat sebagai sebuah kementerian yang terpenting dalam menjaga golongan belia ini. Pengiktirafan kerajaan terhadap suara belia ini juga dapat dilihat dengan terlaksananya Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dan di dalam akta tersebut dinyatakan secara jelas mengenai kedudukan MBM sebagai badan induk pertubuhan belia. MBM kini bukan sahaja rakan kongsi utama Kementerian Belia dan Sukan, malah MBM juga turut mengadakan hubungan pintar dengan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Luar dalam usaha untuk memartabatkan golongan belia di Malaysia. MBM juga turut menyokong penuh cadangan Dato Saifuddin untuk menubuhkan satu platform tetap di peringkat Pertubuhan Komanwel supaya ianya akan menjadi pusat perbincangan mengenai isu-isu belia di kalangan ahlinya dan MBM bersedia membantu untuk menubuhkan platform tersebut sekiranya mendapat persetujuan Pertubuhan Komanwel. Jika penubuhan platform tetap ini menjadi kenyataan, MBM pasti, suara serta pandangan di peringkat nasional akan dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi kerana Pertubuhan Komanwel merupakan sebuah pertubuhan yang berpengaruh dalam menentukan scenario semasa dunia. Sekian. Terima kasih TAJUDIN AHMADSetiausaha Agung 22 Jun 2009 |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
Seluar jeans julang nama
Oleh Misiah Taib Idris Haron
Idris jadi tempat rujukan jika pelajar kehi...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 
| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my