• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Saturday
Mar 13th
Home
Selatan: 40 persatuan belia Muar, Ledang jadi ahli ROY PDF Cetak E-mail
Monday, 08 June 2009
MUAR: Sebanyak 40 daripada 50 persatuan belia di daerah ini dan Ledang yang menjadi ahli gabungan Majlis Belia Daerah Muar sudah mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) sepanjang tahun ini.

Yang Dipertua MBDM, Abu Bakar Mohamad, berkata jumlah itu termasuk 10 persatuan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan Sungai Balang dalam kawasan Parlimen Muar yang didaftarkan awal bulan lalu.

Katanya, sebanyak 30 persatuan lagi membabitkan persatuan belia dalam tiga kawasan DUN dalam kawasan Parlimen Bakri, iaitu Sungai Abong, Bentayan dan Bukit Naning.

"Baki 10 lagi persatuan belia yang masih belum berdaftar dengan ROY ialah di daerah Ledang membabitkan tiga kawasan DUN itu Serom, Tangkak dan Gambir.

"Pendaftaran persatuan belia di DUN berkenaan akan dilakukan sebelum akhir bulan ini," katanya pada majlis Program Seminar Gerakan Pendaftaran Persatuan Belia Bersama ROY membabitkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pagoh dan Bakri, di Kompleks Penghulu Pagoh, di sini kelmarin. Majlis berkenaan disempurnakan Pesuruhjaya ROY, Saadon Suradi. Hadir sama, Pegawai Belia dan Sukan daerah, Mohd Shafiq Mohamad Khan dan Setiausaha MBDM, Shalihuddin Abas

Abu Bakar berkata, langkah mendaftar persatuan belia dengan ROY mulai awal Januari lalu selaras peraturan ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan mengikut Akta Pembangunan Belia 2008 yang diluluskan Parlimen, tahun lalu.

Katanya, mengikut akta itu, persatuan belia yang sebelum ini berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dikehendaki memperbaharui pendaftaran masing-masing melalui ROY mulai tahun ini.

"Kegagalan mendaftar dengan ROY mengikut tempoh ditetapkan boleh menyebabkan persatuan terbabit terlepas peluang menikmati pelbagai kemudahan disediakan terutama dari segi bantuan kewangan dan projek berfaedah kepada ahli," katanya.
 
Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM-SWAn sedia jalin kerjasama Active Image
Kuala Lumpur, 10 Mac 2010 - Ramai antara kita hanya sedar bahawa isu AIR adalah isu yang hanya melibatkan kepenggunaan air secara domestik sahaja. Isu air bagi kita, hanyalah isu yang remeh temeh dan kita sebagai pengguna air hanya memikirkan bagaimana untuk membayar bil air setiap bulan. Tetapi sebenarnya, disebalik pandangan kita itu, isu air merupakan isu yang amat penting samada pada peringkat nasional mahupun antarabangsa. Air merupakan sumber yang penting dan masyarakat seharusnya sedar tentang perkara ini. Faktor air juga boleh menentukan ekonomi sesebuah negara serta taraf sosial masyarakatnya. Sedar tentang kepentingan air ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) bersedia untuk bekerjasama dengan Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAn) bersedia untuk menggerakkan seluruh belia bagi memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya air ini. Kesediaan MBM ini telah dinyatakan sendiri oleh Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Setiasuaha MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz ketika mengadakan pertemuan dengan pihak SWAn yang diwakili oleh Naib Presidennya, YBhg. Dato' Muhammad Azaham Abdul Wahab, yang juga mantan Presiden MBM. Pertemuan selama 2 jam ini banyak membincangkan kerjasama yang boleh diadakan antara 2 pihak.
Keseluruhan artikel...
 
         
 

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Who's Online

Saat ini ada 14 tetamu online

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my

Polls