• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow Sentral: Program belia patut utama kreativiti
Sentral: Program belia patut utama kreativiti PDF Cetak E-mail
Tuesday, 19 May 2009
MELAKA: Sumbangan idea dan kreativiti golongan belia kini dianggap pemangkin baru ekonomi berasaskan kreativiti (c-ekonomi) yang boleh membantu kerajaan menjana pendapatan untuk pembangunan negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kerajaan kini menggalakkan semua program belia memasukkan unsur kreativiti kerana ia berpotensi besar mengubah ekonomi golongan belia.

Katanya, menerusi tranfomasi diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, peranan belia negara ini kian menyerlah dan lebih banyak diberi ruang untuk membangunkan negara ini.

"Suara dan sumbangan golongan belia tidak lagi dikongkong apabila kerajaan setuju meminda Akta Universiti dan Kolej yang bertujuan membolehkan pemimpin pelajar di institusi pengajian tinggi bergerak aktif dalam pertubuhan belia.

"Selain itu, kewujudan Akta Belia yang baru juga membantu semua generasi muda berpeluang tampil menyuarakan pandangan pada peringkat nasional,” katanya selepas merasmikan penutupan Konvensyen Belia Kebangsaan dan Penyampaian Anugerah Belia Remaja Negara 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh, semalam.

Konvensyen berkenaan dianjurkan sempena Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 bertemakan Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan. Seramai 200 peserta terdiri pemimpin pelbagai pertubuhan belia peringkat nasional hadir pada konvensyen itu yang antara lain membincangkan hala tuju belia di bawah konsep 1Belia 1 Malaysia. Pada majlis itu juga, Ahmad Shabery menyampaikan anugerah kepada tiga penerima iaitu pasukan Formula Future bagi kategori sukan, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal bagi kategori pendidikan, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah bagi kategori Sains dan Teknologi.

Pasukan Formula Future diiktiraf kerana membantu mengharumkan nama negara sejak menjuarai kejohanan itu di Lisbon, Portugal pada 2004 dan kejayaan terbaru muncul juara di Ravenna, Itali, tahun lalu.

Nik Madiha pula diiktiraf berikutan memperolehi keputusan 20A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008 manakala SMK Teloi Kanan menerusi pencapaian memenangi pingat emas di Festival Sains dan Teknologi di Finland tahun lalu.
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel... 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my