| Pemuda BN dan MBM teruskan bantahan |
|
|
|
| Thursday, 03 August 2006 | |
|
KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) merancang perhimpunan besar-besaran bagi membolehkan rakyat menyuarakan bantahan terhadap kekejaman dan keangkuhan Israel yang berterusan membunuh orang tidak berdosa di Lubnan dan Palestin. Setiausahanya, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata Pemuda BN akan menggesa pimpinan pemuda seperti di Indonesia, India, China dan negara Asia Barat supaya mengadakan perhimpunan sama.
“Kita mahu bukan saja pemimpin pemuda seperti kami bercakap mengenai kekejaman ini tetapi mahu rakyat bersuara supaya gerakan ini benar-benar melambangkan gerakan pada peringkat bawah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pemuda Umno di sini, semalam. Beliau berkata, perhimpunan itu antara program yang dirancang selain sembahyang hajat, pengedaran risalah kekejaman Israel serta pemakaian gelang getah oren. Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno, berkata satu perhimpunan yang diwakili 15 pemimpin Pemuda Umno, Pemuda Indonesia dan MBM diketuai Pengerusi Biro Agama yang juga Exco Pemuda, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin akan menyerahkan memorandum kekejaman kepada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang akan bermesyuarat di Putrajaya, pagi ini. Pemuda Indonesia diwakili Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) yang diwakili Presidennya, Hassanuddin Yusuf, pemimpin Forum Komunikasi Putra Putri Purnawirawan dan Putra Putri Abri (FKPPI), Himpunan Pengusaha Muda Indonesia Jakartaraya (Hipmi), Gardamuda Merah Putih dan Ikatan Mahasiswa Muhamadiyah. Katanya, perhimpunan membabitkan kira-kira 150 orang itu bertujuan memaklumkan pendirian pemuda kedua-dua negara kepada pemimpin OIC. “Kita juga akan berunding dengan Wisma Putra supaya wakil gerakan dua negara ini dapat ke dewan persidangan untuk menyerahkan memorandum kepada setiap ketua negara yang hadir,” katanya. Beliau berkata, delegasi pertama Pemuda BN diketuai Ketua Pemuda MIC, S Vigneswaran dan tujuh pemimpin Pemuda komponen lain akan ke India hari ini untuk menemui pemimpin pemuda negara itu bagi membantah keganasan Israel. Menyentuh pertemuan Pemuda Umno yang diketuai Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan KNPI di Jakarta kelmarin, Abdul Rahman berkata, dua pihak itu bersetuju penggunaan logo atau lambang sama oleh Pemuda Malaysia dan Indonesia dalam membantah kekejaman Israel selain bersetuju mewujudkan sekretariat bersama yang berpejabat di Pejabat Pemuda Umno di sini. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my