| Anti-Israel: Malaysia-Indonesia sepakat |
|
|
|
| Wednesday, 02 August 2006 | |
|
Daripada SOPHA SULAIMAN JAKARTA 1 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO dan Pemuda Indonesia sepakat untuk menjelajah ke seluruh rantau Asia Tenggara, China dan India bagi menyedarkan pemimpin muda dan rakyat bahawa serangan Israel yang didokong oleh Amerika Syarikat terhadap Lebanon dan Palestin merupakan satu keganasan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemuda kedua-dua negara mengambil sikap bahawa perang menentang keganasan dilakukan oleh Amerika Syarikat selama ini tidak ada faedahnya kerana negara itu dan sekutunya Israel merupakan pengganas yang sebenar. Katanya, gencatan senjata yang akan dikuatkuasakan di Lebanon tidak mempunyai makna lagi jika negara itu sudah hancur dibedil Israel. “Kita bertekad memberikan kesedaran kepada pemuda di rantau ini bahawa serangan tentera Israel terhadap Lebanon yang membunuh rakyat tidak berdosa adalah perbuatan tidak boleh diterima sama sekali,” kata Hishammuddin. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada sidang akhbar bersama Presiden Majlis Belia Kebangsaan Indonesia, Hasanuddin Yusuf pada majlis pertemuan Pemuda Indonesia dan Pemuda UMNO Malaysia di sini hari ini. Turut hadir ialah Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Shamsul Anuar Nasarah dan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan. Tubuh Menurut Hishammudin, gerakan memberi kesedaran itu akan dilakukan sama ada melalui konvensyen, penubuhan tabung bantuan, majlis keagamaan seperti doa beramai-ramai dan sembahyang hajat. “Sekarang ini kita bukan lagi sekadar berada dalam suasana kesedihan dan menyayat hati melihat anak-anak Lebanon dibunuh, tetapi berada dalam keadaan marah,” kata Hishammudin yang bercadang melawat Syria untuk meninjau nasib mangsa pelarian perang Lebanon. Menurut beliau, lawatan ini memberi kesedaran bahawa keganasan Israel dan Amerika Syarikat itu tidak boleh diterima oleh generasi pemuda Malaysia dan Indonesia. “Pendirian kita bersama ialah keangkuhan Israel itu tidak lagi mempedulikan terhadap pendirian kutukan masyarakat dunia dan ini akan dijelaskan kepada seluruh pemimpin pemuda”, katanyai. Sementara itu katanya, wakil pemuda Malaysia dan Indonesia juga akan menyerahkan satu memorandum pendirian bersama tentang keganasan Israel itu kepada pemimpin Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang akan bermesyuarat di Kuala Lumpur, esok. “Kita mahu OIC lebih tegas dan menyuarakan pendirian Pemuda serantau untuk menyatakan kepada dunia bahawa rejim Israel telah melampaui batas dan memperlecehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Setiausaha Agung badan dunia itu,” katanya. Menurutnya, Pemuda ingin memberikan kekuatan kepada OIC supaya badan itu menyuarakan pandangan pemimpin muda di rantau ini. ‘‘Gerakan pemuda kedua negara Malaysia dan Indonesia akan terus berjuang hingga keganasan Israel di bumi Lebanon dan Palestin itu dihentikan,’’ ujarnya. Pada masa sama katanya, Pemuda Malaysia dan Indonesia hari ini membuat pendirian bersama untuk mempertahankan maruah bangsa, agama, kemerdekaan dan kedaulatan negara jika rantau ini juga diceroboh . Sementara itu, Hasanuddin memberitahu, perjuangan Pemuda UMNO Malaysia dan Pemuda Indonesia dalam menentang keganasan Israel di bumi Lebanon bukan sahaja akan disebarkan ke negara Islam tetapi juga ke negara-negara bukan Islam. “Perpaduan Pemuda Malaysia dan Indonesia dalam gerakan itu bukan mempersoalkan isu agama tetapi memperjuangkan hak asasi manusia, kemanusiaan serta kedaulatan sesebuah bangsa dan negara,” ujarnya. – Utusan |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my