• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow 100 juta pemuda ikrar lawan Israel
100 juta pemuda ikrar lawan Israel PDF Cetak E-mail
Wednesday, 02 August 2006
Indonesia, Malaysia akan serah memo kepada OIC

JAKARTA: Kira-kira 100 juta pemuda Indonesia dan Malaysia berikrar akan menggembleng sokongan pemimpin dan generasi muda dunia yang cintakan keamanan untuk menentang keganasan Israel yang terus menzalimi rakyat Palestin dan Lubnan.

Sebagai langkah pertama usaha yang digerakkan bersama oleh Pemuda Umno Malaysia dan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) itu ialah akan menyerahkan memorandum mendesak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bertindak tegas menghentikan kezaliman rejim Zionis itu.

“Kita akan menyerahkan memorandum suara 100 juta pemuda dua negara ini kepada pemimpin OIC yang akan mengadakan mesyuarat khas di Kuala Lumpur pada 3 Ogos ini,” kata Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media selepas perbincangan tertutup lebih tiga jam dengan KNPI di sini, semalam.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Presiden KNPI, Hasanuddin Yusuf dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Shamsul Anuar Nasarah.

Hishammuddin berkata, memorandum itu antara lain menyatakan pendirian 100 juta pemuda yang mahu OIC bertindak pantas kerana gencatan senjata tiada ertinya jika bumi Lubnan dan Palestin sudah punah ranah dan hancur dibedil Israel.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran Malaysia berkata, tindakan Amerika Syarikat dan Israel iaitu pengganas dunia yang sebenar tidak dapat diterima siapa juga manusia yang waras dan berperikemanusiaan.

Mengenai memorandum kepada OIC yang kini dipengerusikan Malaysia, beliau berkata, ia akan memberikan kekuatan kepada OIC sebagai gabungan terbesar 57 negara Islam untuk mengambil tindakan tegas menghentikan segera keganasan Israel.

“Pemuda di Malaysia dan Indonesia berpendirian bahawa kami perlu menyuarakan pandangan yang tegas dan keras kerana kamilah yang akan mencorakkan masa depan negara kami.

Hasanuddin pula berkata, 100 juta pemuda kedua-dua negara juga akan membantu Palestin dan Lubnan termasuk doa dan solat hajat bersama besar-besaran. – Bernama


©The New Straits Times Press (M) Berhad
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
Terkini
MBM ajak belia kutuk serangan rejim Israel KUALA LUMPUR 4 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengajak seluruh warga belia untuk mengu... 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my