• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow Tahun Baru perlu diisi majlis kesyukuran
Tahun Baru perlu diisi majlis kesyukuran PDF Cetak E-mail
Monday, 12 January 2009

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Sambutan tahun baru pada masa depan disaran diubah kepada majlis kesyukuran dan pemberian anugerah kepada tokoh yang berjasa bagi mengelakkan pelbagai masalah sosial.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Datuk Nakhaei Ahmad berkata, majlis sambutan tahun baru itu tidak sepatutnya dihadiri pembesar negara dan sebaiknya ia diadakan pada siang hari dan bukan pada tengah malam.

Katanya, majlis pada tengah malam hanya akan menggalak dan mengghairahkan golongan muda mencari hiburan dan berseronok dengan pasangan mereka dengan alasan menyambut tahun baru.

"Sebagai masyarakat timur, kita sepatutnya menyambut tahun baru dengan nilai-nilai dan etika yang penuh adat dan kesopanan dan bukan melakukan maksiat dan penyalahgunaan dadah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nakhaei mengulas demikian berikutan tertangkapnya seorang pelakon wanita dan pembaca berita televisyen bersama 24 orang dalam pesta seks dan menyalahgunakan dadah di sebuah hotel di Jalan P. Ramlee sempena menyambut tahun baru kelmarin.

Beliau turut mencadangkan pihak penguat kuasa mengenakan hukuman berat yang melibatkan perbuatan maksiat (zina) dan penyalahgunaan dadah mengikut undang-undang sivil dan bukan di atas sabitan dadah sahaja.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pula berkata, orang Melayu sepatutnya bersopan santun, kuat pegangan agama, tidak mencemar nama baik ibu bapa dan keluarga.

Beliau berkata, sepatutnya anak-anak muda mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang kuat kerana mereka bakal mengganti pemimpin untuk jenerasi akan datang dan ini dituntut oleh agama.

Sambutan tahun baru, katanya, perlu diisi dengan majlis kesyukuran dan bukan melakukan maksiat.

"Ibu bapa sepatutnya melengkapkan anak-anak dengan didikan agama serta iman secukupnya dan bukan melepaskan mereka dengan 'kekosongan' kerana keperibadian anak-anak memperlihatkan cara didikan orang tua mereka,'' katanya.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) Tajudin Ahmad pula kesal dengan kejadian maksiat yang dilakukan segelintir golongan belia sempena menyambut tahun baru kelmarin.

Menurutnya, golongan yang mencemar nama baik belia ini walaupun tidak ramai tetapi menggambarkan seolah-olah golongan belia tidak tahu menjaga nama baik bangsa dan agama.

"Belia pelbagai agama, budaya dan bangsa sepatutnya bersyukur ketika menyambut tahun baru kerana kemakmuran, perpaduan dan keamanan yang dikecapi di Malaysia," katanya.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my