• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow LAWATAN KERJA MBM / AYC DAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR KE KAWASAN GEMPA YOGYAKARTA
LAWATAN KERJA MBM / AYC DAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR KE KAWASAN GEMPA YOGYAKARTA PDF Cetak E-mail
Tuesday, 01 August 2006

Gempa bumi yang melanda Yogyakarta pada 27 Mei 2006 lalu telah menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda yang besar.

Majlis Belia Malaysia (MBM) berasa dukacita dan bersimpati terhadap keluarga serta mangsa-mangsa bencana ini.

Sebagai badan induk pergerakan belia Malaysia yang prihatin, MBM berasa terpanggil untuk bergerak sama membantu mangsa gempa bumi di bawah program belia prihatin.

Hasil perbincangan ringkas antara kepimpinan MBM pada Jun lalu, MBM bersama Majlis Belia Asia (AYC) di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo akan mengadakan lawatan bagi menyampaikan bantuan mangsa bencana gempa bumi di Yogyakarta, Indonesia pada 23 – 27 Julai 2006.
 
Misi bantuan kemanusiaan ini ialah untuk membantu dan memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa terbabit termasuklah bantuan kewangan, makanan dan pakaian serta tenaga sukarelawan.

Bagi melaksanakan tujuan tersebut, misi ini juga telah mendapat kerjasama dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI).
 
MBM juga amat menghargai sumbangan kerajaan dalam misi kemanusiaan di Yogyakarta dan turut sama membantu mangsa bencana gempa bumi di Yogyakarta, Indonesia.


23 JULAI 2006 (AHAD)

7.00 pagi   - Berkumpul di KLIA  KUL – JAKARTA – YOGYAKARTA

8.00 malam  - Mesyuarat Program di Klaten dan Sragen.
Mesyuarat ini diadakan di antara Setiausaha Agung MBM, Sdr. Tajudin Ahmad serta Pen. Setiausahanya, Sdr. Mohd Zaidi Aziz dengan wakil penduduk Klaten dan Sragen. Turut hadir Sdr. Arief Jamaluddin, KNPI.


24 JULAI 2006 (ISNIN)

10.00 pagi - Melawat kawasan bencana dan tempat program di sekitar Yogyakarta.
Delegasi ini diketuai oleh Naib Presiden MBM, Sdr. Azizuddin Ahmad melawat kawasan bencana.

25 JULAI 2006 (SELASA)

9.00 pagi - Lawatan ke kawasan gempa bumi di Bantul
Delegasi yang diketuai oleh Naib Presiden MBM, Sdr. Azizuddin Ahmad melawat kawasan bencana di daerah Bantul.

8.00 malam - Pertemuan dan Dialog antara MBM dan KNPI Jawa Timur, Jawa Tengah dan Yogyakarta

Pertemuan ini diadakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara MBM dan KNPI. Dialog ini yang diketuai oleh Presiden MBM, Sdr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah turut membincangkan beberapa isu antara dua negara.

26 JULAI 2006 (RABU)

9.00 pagi - Penyampaian bantuan kemanusiaan mangsa gempa bumi di Bantul.
Misi bantuan yang diketuai oleh MBM ini turut diserta oleh  Majlis Belia Asia (AYC), Jabatan Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Selangor, dan beberapa wakil korporat dari Selangor. Bantuan telah diserahkan lepada 500 orang mangsa gempa bumi yang kebanyakannya hádala dari golongan wanita dan juga warga emas.

2.30 petang - Majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Kota Klaten.
MBM dan AYC serta Jabatan Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Selangor dan BALKIS juga telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Klaten dalam usaha meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa. Sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan lain. Sumbangan juga turut diberikan kepada Masjid Al-Muttaqun bagi membaiki struktur masjid yang telah mengalami kerosakan yang teruk.

7.00 malam - Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama Pelajar Malaysia di Yogyakarta dan KNPI.
Seramai 60 pelajar Malaysia di Yogyakarta serta 400 sukarelawan dari KNPI diraikan oleh AYC dan MBM.

27 JULAI 2006 (KHAMIS)

7.30 pagi - Bertolak ke Pangandaran / Bertolak ke Airport Yogyakarta
Sebahagian delegasi kembali ke Malaysia dan sebahagian lagi yang diketuai oleh Presiden MBM, Sdr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah bersama dengan Setiausaha Agung, Sdr. Tajudin Ahmad serta Pen. Setiausaha Agung, Sdr. Mohd Zaidi Aziz telah melawat seterusnya menyampaikan sumbangan kemanusiaan kepada mangsa tsunami di Pangandaran.

SENARAI NAMA DELEGASI MISI BANTUAN KEMANUSIAAN GEMPA BUMI YOGYAKARTA, INDONESIA

23 – 29 JULAI 2006


1. YAB Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo
2. YABhg Datin Seri Zahrah Kechik
3. YBhg Dato’ Dr Karim Mansor
4. Sdr. Faizal Abdullah
5. Sdr. Norizan Sharif
6. Sdr. Mohd Adzeman Mohd Yassin
7. YB Dato’ Abd Fatah Iskandar
8. YB Dato’ Ramli Mahmod
9. YBhg Datin Khairiyah Abu Hasan
10. Sdr. Adnan Ehsan
11. Sdri. Reena Juliana Abd Rashid
12. Sdr. Azhar Ahmad
13. Sdri. Zuraidah Dahari
14. Sdr. Ramli Hamzah
15. YB. Rozaidah Talib
16. Sdri. Azizah Saad
17. Sdri. Rosni Sahar
18. Sdri. Jaliluddin Jamaluddin
19. Sdr. Mohd Wazir Abdul Gani
20. YBhg Dato’ Amiruddin Md Radzi
21. Sdr. Sobri Ahmad     
22. Sdr. Shamsul Anuar Nasarah   
23. YB Datuk Idris Haron    
24. Sdr. Azizuddin Ahmad    
25. Sdr. Tajudin Ahmad    
26. Sdr. Mohd Zaidi Aziz    
27. Sdr. Mohamed Nazri Hashim
28. Sdr. Hang Tuah bin Din @ Mohamed Din   
29. YBhg Dato’ Ramli Ismail    
30. YBhg Dato’ Abdullah Abu Bakar  
31. Sdr. Rustam Affandy     
32. Sdr. Salleh Othman    
33. Sdr. Che Rosli Hasan    
34. YBhg Datuk Drs Jamaludin Abd Rahim 
35. Tuan Hj Mohamed Khusrin Munawi  
36. Tuan Hj Mohd Amin Abd Rashid 
37. Sdr. Muhamed Farid Samaes
38. Sdr. Mohd Najib Abd Rashid      
39. Sdr. Darus Sallam Abd Manan
40. Sdr. Mohd Fadzil Abd Aziz
41. Sdr. Muhawin Ahmad
42. Sdri. Noor Shamsiah binti Mohamad @ Ismail


Semua gambar-gambar program boleh dilihat di ruangan Gallery

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
[ Kembali ] 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my