• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow Agenda perkukuh politik Melayu
Agenda perkukuh politik Melayu PDF Cetak E-mail
Monday, 24 November 2008
 

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Soal kekukuhan politik Melayu harus dijadikan satu agenda perdana supaya kaum-kaum lain di negara ini tidak terus memperlekehkan orang Melayu pada masa akan datang.

 

Setiausaha Majlis Belia Malaysia (MBM) Tajudin Ahmad berkata, perpaduan orang Melayu harus dipromosikan pada generasi muda dengan cara membicarakan soal sejarah, fakta dan realiti ketuanan Melayu.

 

''Apabila orang politik bercakap soal sejarah dan ketuanan Melayu yang merangkumi Peruntukan 153 Perlembagaan Persekutuan, ia dipandang sebagai retorik politik yang ada kepentingan kepada pemimpin berkenaan.

 

''Justeru, dalam membicarakan soal sejarah, fakta dan realiti perlulah dibuat di peringkat sekolah-sekolah dan universiti supaya mereka faham perlunya langkah mengukuhkan politik Melayu hari ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

 

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung politik Melayu perlu diperkukuhkan dan diperkasakan bagi mengelak kaum lain yang mahu mengambil kesempatan dengan terus mencemuh dan mempersendakan orang Melayu.

Tajudin berkata, orang Melayu hari ini tidak seharusnya melupai asal usul mereka dan meletakkan soal perpaduan di tangan orang politik semata-mata.

 

Sementara itu, Presiden Penaja Gabungan Graduan Melayu (GGM), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz pula berpendapat, sudah tiba masanya maruah orang Melayu dikembalikan dan tidak terus dibodohkan serta diperlekehkan oleh kaum-kaum lain.

 

''Pemimpin-pemimpin tua seharusnya sedar bahawa mereka perlu menyatukan orang Melayu demi generasi muda yang akan mewarisi negara dan bangsa Melayu itu sendiri pada masa akan datang,'' katanya.

 

Sehubungan itu, Mohd. Khairul Azam menegaskan, pemimpin-pemimpin Melayu jika mahu meninggalkan legasi yang boleh dibanggakan dan disampaikan kepada anak cucu maka perpaduan dan penyatuan orang Melayu harus bermula sekarang.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my