• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow Program kenal pasti kehendak belia dirangka
Program kenal pasti kehendak belia dirangka PDF Cetak E-mail
Monday, 31 July 2006
PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan akan merangka program yang menjurus kepada kehendak sebenar golongan belia, khususnya di kawasan yang bermasalah berikutan meningkatnya gejala sosial membabitkan golongan itu.

Menterinya, Datuk Azalina Othman Said, berkata buat permulaan kementerian itu bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi mengetahui kawasan yang bermasalah atau mempunyai indeks jenayah tinggi membabitkan golongan belia dan remaja di sekitar ibu kota.

Beliau berkata, tumpuan program itu ialah kumpulan belia berusia di bawah 25 tahun dan program terbabit akan digerakkan menerusi kerjasama dengan polis dan Rakan Muda.


"Kita sedar masalah sosial yang timbul ini antara faktornya ialah belia tidak tahu apa yang perlu dibuat dan di mana mereka boleh melakukan perkara yang berfaedah. Jadi kita perlu turun ke padang untuk mendengar masalah mereka seperti di kawasan setinggan atau rumah pangsa.

"Selama ini, kita hanya melaksanakan program yang syok sendiri di tempat yang selesa sedangkan kita sepatutnya menganjurkan program di kawasan yang benar-benar bermasalah dan perlu diberikan tumpuan penuh," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sulaiman Yusof di kementeriannya di sini, semalam.

Pertemuan itu bagi membincangkan masalah gejala sosial membabitkan belia seperti penyalahgunaan dadah dan jenayah di sekitar ibu negara.

Azalina berkata, satu konvensyen bersama Polis Kuala Lumpur mengenai masalah belia akan diadakan menerusi Institut Penyelidikan Belia Malaysia kementerian itu bagi membincangkan isu dan mencari penyelesaian jangka pendek dan panjang berkaitan belia.

Katanya, kementerian juga akan menjalankan projek perintis bersama polis untuk menghasilkan Peta Belia bertujuan mengumpulkan maklumat atau data indeks belia, jumlah belia di satu-satu kawasan, kedudukan mereka dan indeks jenayah di kawasan yang dikenal pasti.

Beliau menjangka Peta Belia bagi Kuala Lumpur mampu dihasilkan dalam tempoh kira-kira sebulan.

Azalina berkata, jika berjaya, kementerian akan memperluas program itu ke negeri lain dan menggerakkannya menerusi agensi kerajaan.


©The New Straits Times Press (M) Berhad
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel... 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my