• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow DAP dicabar bertindak ke atas Teresa
DAP dicabar bertindak ke atas Teresa PDF Cetak E-mail
Tuesday, 28 October 2008

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mencabar DAP mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang memutarbelitkan kenyataannya sendiri berhubung isu 'makanan anjing'.

Sebagai parti yang selama ini mendakwa berpegang teguh kepada prinsip integriti, DAP menurut mereka, wajar mengenakan tindakan disiplin terhadap wakil rakyatnya itu.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Tajudin Ahmad berkata, Teresa telah mengeluarkan kenyataan bersifat sensasi hingga membawa satu gambaran salah terhadap kerajaan kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Baginya, sebagai pemimpin yang kini menyandang jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Teresa telah lari daripada prinsip serta etika yang dilaung-laungkan olehnya dan parti itu selama ini.

'DAP patut bertindak ke atas Teresa. Imej parti itu sendiri telah rosak kerana kenyataan Teresa yang berbohong kepada rakyat.

''Kerajaan Pusat juga perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas Teresa kerana kenyataan bohongnya telah mencemarkan nama baik kerajaan berhubung makanan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata diakuinya sebagai tersilap,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Teresa pada sebuah forum malam tadi akhirnya mengakui yang beliau tersilap berhubung isu makanan anjing setelah terdapat rakaman yang memaparkannya menyebut makanan yang dinikmatinya sewaktu ditahan 'mungkin sama seperti makanan anjing'.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara itu selama ini menafikan beliau membuat kenyataan itu sebaliknya mengecam Utusan Malaysia kononnya memutar belit kenyataannya bagi memburukkan imejnya.

Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar berkata, tidak ada sebab mengapa DAP tidak harus bertindak ke atas pemimpin seperti Teresa yang tidak bercakap benar dalam kenyataannya.

Kata beliau, di sinilah akan menguji parti itu sama ada berpegang kukuh kepada prinsip integriti dan ketelusan yang selama ini didakwa mereka sebagai membezakan DAP dengan parti politik lain.

''Sebagai rakyat, kita melihat pemimpin macam Teresa ini harus berundur daripada jawatan anggota Exco kerajaan negeri.

''Kita tidak boleh menerima pemimpin yang memutar belit keadaan hanya untuk kepentingan politik sendiri sehingga menyalahkan pihak lain sebagai tersalah lapor.

''Pemimpin sejati kalau tersilap sekalipun dia akan mengakui kelemahannya bukannya menuding jari,'' jelasnya.

Pengerusi Gerakan Graduan Muda Melayu, Khairul Azam Abdul Aziz berkata, isu makanan anjing secara tidak langsung mendedahkan kepada rakyat tentang integriti Teresa yang sebenar.

Kata beliau, Teresa dalam beberapa situasi jelas cuba memanipulasikan keadaan untuk mencari populariti tetapi isu makanan anjing akhirnya menjerat beliau apabila terdapat rakaman membuktikan yang dirinya tersilap.

''Nampaknya macam beliau tidak layak dipercayai untuk memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan kerana jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terlalu mulia,'' ujarnya.

Mengulas perkembangan yang sama, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Norila Daud berkata, kes Teresa seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya menyalahkan wartawan sebagai salah lapor apabila timbul sesuatu isu.

Katanya, dengan perkembangan teknologi semasa, apa yang dicakapkan boleh dibuktikan melalui rakaman dan atas perkiraan itu pihak wartawan bukannya dengan sesuka hati melaporkan sesuatu perkara.

''Wartawan adalah kelompok profesional, kami berpegang teguh dengan prinsip dan etika.

''Kita bukan jenis mengada-adakan sesuatu yang tidak wujud kerana itu melanggari prinsip profesionalisme wartawan,'' tegasnya.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad pula berkata, tindakan tegas wajar dikenakan ke atas Teresa kerana memutar belit kenyataan sehingga wujud salah faham terhadap kerajaan.

''Orang seperti Teresa ini tidak patut kita beri kepercayaan, awal cakap lain, tetapi bila tayangan video menunjukkan kenyataan sebenarnya, barulah dia buat pengakuan tersilap cakap,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri dan anugerah Sri Cemerlang Kelab Perkim Universiti di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi di sini hari ini.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my