• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Saturday
Mar 13th
Home arrow Articles arrow Bajet Dan Integriti: Harapan Generasi Muda
Bajet Dan Integriti: Harapan Generasi Muda PDF Cetak E-mail
Monday, 22 September 2008
Azizuddin Ahmad
Naib Presiden, Majlis Belia Malaysia (MBM)


Institut Integriti Malaysia pernah menganjurkan suatu ”lunch talk” yang saya hadiri dan berkesempatan berbincang dengan para pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
 
Di dalam perbincangan ringkas tersebut, saya menyatakan bahawa perubahan yang telah membebaskan badan ini dari birokrasi agar dapat dan bertindak mengikut undang-undang yang telah diberikan, adalah sangat penting untuk dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. 

Meskipun hakikat ini sememangnya diakui, namun kekurangan pegawai serta imbuhan yang tidak mencukupi tetap menjadi hambatan. Yang paling merisaukan ialah integriti dan kesanggupan pegawai-pegawai muda memikul amanah besar ini. Memang terdapat kes di mana sogokan cuba diberikan untuk melepaskan beberapa kesalahan kecil. Cubaan-cubaan ini, sekiranya tidak diatasi, boleh mengundang sogokan-sogokan yang lebih besar.

Apa yang ingin diperkatakan ialah nilai individu dalam menjalankan tanggungjawab secara bersih, cekap dan amanah semakin merisaukan. Sekiranya kualiti ini tidak dimantapkan sewaktu para penjawat ini masih muda, sudah pasti negara kita tidak akan lepas dari gejala rasuah dan ketidakcekapan (mediocrity). Bajet yang telah dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 29 Ogos 2008 baru-baru ini mungkin menceriakan sedikit rakyat secara keseluruhannya. Namun pelaksanaannya masih lagi memerlukan perhatian dan kawalselia. 

Sebanyak sedikit bajet ini memang dipengaruhi oleh suasana politik semasa. Ia masih bermotif politik dalam usaha menarik perhatian rakyat berkaitan dengan keinginan kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup. 

Bagi generasi muda, di dalam bajet kali ini mereka ingin melihat bagaimana peruntukan kerajaan digunakan dan disalurkan secara adil dan saksama kepada rakyat yang memerlukan. Kerajaan dan agensinya perlu telus dan mengelakkan pembaziran kerana ia akan menimbulkan krisis ketidakyakinan kepada generasi muda.  

Sekiranya kerajaan dapat melaksanakan semua cadangan yang diusulkan di dalam bajet kali ini dengan baik, rakyat dapat merasakan kesan dalam meringankan beban kehidupan. Malah, kemungkinan besar generasi muda akan mengubah persepsi terhadap pentadbiran kerajaan yang ada. Inilah persoalan integriti, kecekapan, ketelusan dan amanah yang sedang dipantau generasi muda sekarang.  

Tidak semua berpuashati dengan bajet kali ini. Bagi mereka, banyak projek kerajaan yang terpaksa dikorbankan dan ini mungkin melembabkan pertumbuhan ekonomi. Banyak insentif dan imbuhan diberikan bukan untuk berbelanja tetapi untuk membuat pilihan terbaik sama ada untuk berbelanja atau menyimpan. 

Alangkah baiknya sekiranya habuan dari bajet kali ini mendorong kita berbudaya sederhana dan mengelak amalan merugikan seperti merokok. Pada masa yang sama, kita tidak wajar dipengaruhi oleh mereka yang berkemampuan. Ukurlah baju di badan sendiri!

Suasana sekarang—sama ada politik atau ekonomi, dalam atau luar negara—memang tidak menentu. Semuanya memberi kesan terhadap perkembangan kita semua. Bagi generasi muda, inilah saat yang sangat penting kerana beberapa faktor.

Pertama, mereka perlu memikirkan bagaimana wang dan dana yang ada kini dimanfaatkan sebaik mungkin. Banyak institusi yang menyediakan pelan-pelan simpanan dan pelaburan yang membolehkan mereka mendapat keuntungan berganda pada masa akan datang. 

Kedua, mereka perlu berbelanja secara berhemah. Majlis Belia Malaysia (MBM) dan pelbagai badan bukan Kerajaan (NGO) pernah menganjurkan kempen belanja berhemah. Risalah diedarkan bagi menyedarkan masyarakat terutama di kalangan belia agar dapat mengawal perasaan dan nafsu membelanja secara boros. Berbelanja tanpa kawalan akan merugikan kerana kita tidak memerlukan barang-barang yang telah dibeli.

Ketiga, mereka perlu mengurangkan perbelanjaan melalui kad kredit. Kad kredit amat membantu terutama ketika kita berada dalam kesusahan. Ianya juga boleh mengurangkan keperluan kita membawa wang tunai. Namun ia juga mempunyai tarikan khususnya berbelanja tanpa kawalan.

Sebab itu apabila Sahabat Rasulullah s.a.w pulang dari Perang Badar, baginda mengingatkan bahawa mereka harus bersedia untuk peperangan yang lebih besar iaitu hawa nafsu. 

Tiga perkara di atas sekiranya dapat dijadikan budaya di kalangan belia, alaf baru dapat dihadapi dengan lebih yakin kerana cabaran-cabaran yang akan datang dijangka akan lebih kompleks.

Integriti tidak dapat dibina dengan sekelip mata. Ia mesti dipupuk sejak awal dengan kesedaran yang mendalam. Generasi muda mesti bersedia membina kekuatan dalaman serta faham bahawa integriti adalah budaya kita. Amanah yang dipikul memerlukan kekuatan mental, fizikal dan spiritual. Kalau generasi muda menagihkan ketelusan, adil dan saksama dari pihak kerajaan, mereka juga mesti memulakan perubahan diri sendiri ke arah integriti!
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4 File Not Found

File Not Found

The requested URL was not found on this server.

Image MBM-SWAn sedia jalin kerjasama Active Image
Kuala Lumpur, 10 Mac 2010 - Ramai antara kita hanya sedar bahawa isu AIR adalah isu yang hanya melibatkan kepenggunaan air secara domestik sahaja. Isu air bagi kita, hanyalah isu yang remeh temeh dan kita sebagai pengguna air hanya memikirkan bagaimana untuk membayar bil air setiap bulan. Tetapi sebenarnya, disebalik pandangan kita itu, isu air merupakan isu yang amat penting samada pada peringkat nasional mahupun antarabangsa. Air merupakan sumber yang penting dan masyarakat seharusnya sedar tentang perkara ini. Faktor air juga boleh menentukan ekonomi sesebuah negara serta taraf sosial masyarakatnya. Sedar tentang kepentingan air ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) bersedia untuk bekerjasama dengan Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAn) bersedia untuk menggerakkan seluruh belia bagi memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya air ini. Kesediaan MBM ini telah dinyatakan sendiri oleh Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Setiasuaha MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz ketika mengadakan pertemuan dengan pihak SWAn yang diwakili oleh Naib Presidennya, YBhg. Dato' Muhammad Azaham Abdul Wahab, yang juga mantan Presiden MBM. Pertemuan selama 2 jam ini banyak membincangkan kerjasama yang boleh diadakan antara 2 pihak.
Keseluruhan artikel...
 
         
 

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my