Links | Sentral: Belia Melaka, Indonesia sertai program bersama |
|
|
|
| Saturday, 30 August 2008 | |
|
MELAKA: Seramai 45 ahli Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
Kampung Duyong (Beduma) menyertai Program Bakti Sosial dan Bersukan
selama dua hari di Bukit Senang, Riau, Indonesia, bermula semalam. Program tahunan itu bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara belia Melaka serta Indonesia selain membincangkan beberapa isu berkaitan golongan muda antara kedua negara yang dibangkitkan media republik itu sejak kebelakangan ini. Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Melaka Tengah, Abd Razak Abu, berkata selain itu, pertemuan terbabit juga akan membincangkan program kerjasama yang perlu dijalankan secara bersama termasuk meneruskan aktiviti pertukaran belia serantau sepertimana lazimnya. Beliau yang juga Pengerusi Beduma, berkata pertemuan antara belia Duyong, MGBD Melaka Tengah dan kelab Pemuda Claymany di Bukit Senang, Riau itu, beberapa persetujuan berhubung dengan usaha membangunkan belia dijangka akan dapat dicapai. "Antaranya melaksanakan aktiviti bersama dalam pelbagai bidang termasuk sukan, pendidikan dan pekerjaan yang dilihat mampu memperkukuhkan lagi hubungan antara pemimpin dan belia di kedua negara," katanya ketika dihubungi. Abd Razak berkata, program anjuran Beduma dengan kerjasama MGBD Melaka Tengah itu adalah kali keenam diadakan dengan harapan dapat mendedahkan ahli MAYC di negeri ini dengan pertubuhan belia dari negara luar. Katanya, setakat ini, Beduma adalah satu-satunya pertubuhan belia contoh kepada banyak pertubuhan belia di negeri ini menerusi penganjuran pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan pendidikan selain membantu kerajaan memperkukuhkan hubungan dengan golongan muda antarabangsa. "Melalui program ini, ia akan dapat memartabatkan lagi pertubuhan belia di Melaka sebagai yang paling aktif dengan pelaksanaan aktiviti membabitkan negara jiran.," katanya. Sementara itu, Abd Razak berkata, sepanjang berada di Bukit Senang, ahli Beduma akan mengadakan beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti majlis penyampaian sumbangan makanan dan duit raya kepada beberapa rumah anak yatim. Selain itu, katanya, persatuan itu juga akan mengadakan mesyuarat dengan ahli belia Kelab Pemuda Claymany Bukit Senang bagi membincangkan kerjasama untuk menjayakan program Perkampungan Belia Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang akan diadakan di Dabo Singkep, Kepulauan Riau pada hujung Januari depan. "Sebelum ini, program yang sama berjaya diadakan di Dumai, Pulau Tupang dan Bengkalis di Indonesia serta Satun di Thailand dengan menghantar barangan makanan dan keperluan harian ke rumah anak yatim. "Bagaimanapun, saya mengharapkan program yang bakal kita adakan tahun depan akan lebih berjaya kerana banyak pihak sudah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama menjayakannya," katanya. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
Kementerian Belia Kenya lawat MBM
Kuala Lumpur, 3 Mac 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) merasa bertuah kerana telah didatangi o...
Seluar jeans julang nama
Oleh Misiah Taib Idris Haron
Idris jadi tempat rujukan jika pelajar kehi...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 
| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my