• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow Isu UiTM: Cadangan Khalid berbaur politik
Isu UiTM: Cadangan Khalid berbaur politik PDF Cetak E-mail
Friday, 15 August 2008
KUALA LUMPUR: Beberapa ahli akademik dan pemimpin persatuan belia hari ini menyifatkan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya 10 peratus kuota kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Bumiputera dan pelajar asing berbaur politik.

Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ismail Hussein, berpendapat cadangan itu sangat “relevan" dengan sikap Pakatan Rakyat yang tidak mempedulikan masalah yang dihadapi orang Melayu.

“Pihak pemerintah Selangor perlu selesaikan masalah perkauman yang semakin meningkat dan bukan menambahkan lagi kecurangan ekonomi, sosial dan pendidikan antara kaum,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Khalid ketika mencadangkan perkara itu dua hari lalu berkata, langkah itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi itu.

Dr Ismail berkata semua pihak perlu sedar UiTM dibina untuk menyelesaikan sebahagian daripada kecurangan yang wujud di kalangan orang Melayu dan Bumiputera.

Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Shamsul Anuar Nasarah pula berkata, kenyataan Abdul Khalid itu umpama ingin meraih sokongan daripada kaum bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat.

“Kenyataannya berbaur politik. Bukan untuk menjaga kepentingan dan kualiti kaum Melayu. Mereka perlu faham matlamat penubuhan UiTM, iaitu untuk memberi kemahiran kepada pelajar Bumiputera sejak dari awal penubuhannya,” katanya.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Datuk Reezal Merican Naina Merican pula menyifatkan perbuatan Abdul Khalid seperti mengkhianat amanah teras orang Melayu.

“Seharusnya orang Melayu membuka mata dengan kenyataan Tan Sri Abdul Khalid. Saya juga percaya UiTM tidak pernah berkompromi soal merit dan pencapaian para pelajarnya walaupun ia diwujudkan khusus untuk kaum Bumiputera,” katanya.

Reezal berkata dakwaan Abdul Khalid bahawa langkah membuka peluang kepada kaum bukan Bumiputera memasuki UiTM itu sebagai satu usaha untuk wujudkan persaingan yang sihat adalah cadangan tidak berasas.

Tokoh sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata cadangan Abdul Khalid itu sepatutnya tidak menjadi isu kerana perkara itu pernah dibangkitkan dan cuba dilaksanakan beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun beliau berkata, cadangan itu tidak mendapat sambutan daripada kaum bukan Bumiputera kerana mereka kurang senang berada dalam universiti yang didominasi oleh satu kaum saja. - Bernama
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my