• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow Program belia terhad
Program belia terhad PDF Cetak E-mail
Monday, 31 July 2006

BERA: Kementerian Belia dan Sukan mengakui kebanyakan program yang dilaksanakannya untuk golongan itu di negara ini bukan saja tidak memenuhi cita rasa belia, malah gagal mencapai golongan sasaran.

Ini kerana kebanyakan program membabitkan belia dilakukan menerusi persatuan belia yang hanya dianggotai 2.8 juta orang, sedangkan baki 8.2 juta belia lagi gagal dikesan.

Berikutan itu, Menterinya, Datuk Azalina Othman Said, berkata kementerian akan melaksanakan program pemetaan belia di seluruh negara, dalam usaha mengenali golongan berkenaan dengan lebih dekat, sekali gus memudahkan pihaknya merangka program bersesuaian untuk belia terbabit.

Beliau berkata, kementerian perlu peka dengan kehendak belia dan menyalurkan peruntukan secara lebih terbuka bagi membiayai program mereka, berbanding hanya memberikan peruntukan melalui persatuan saja.

"Belia yang masuk persatuan hanya 2.8 juta orang tapi jumlah sebenar mereka adalah 11 juta. Jika kita hanya fokus kepada program belia melalui persatuan saja, ia tidak akan sampai kepada belia yang memerlukan bantuan kerajaan ini.

"Jika kita buat program, mereka yang datang adalah orang yang sama saja. Jadi, belia yang melepak atau yang suka sukan lasak, tidak tahu di mana nak sampaikan kehendak mereka itu.

"Sebab itu, kita perlu bagi peruntukan lebih terbuka supaya program dibuat menepati cita rasa belia. Sekarang, program paling diminati belia ialah lumba motor," katanya selepas melancarkan Karnival Belia Felda Benci Dadah, di Felda Sebertak, dekat sini, petang kelmarin.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Majlis Belia Felda Pahang, Datuk Abdullah Abu Bakar.

Mengulas program pemetaan belia dengan projek perintisnya di Wilayah Persekutuan, Azalina berkata, hasil kajian itu kelak membolehkan kementeriannya mengetahui kategori kawasan putih, hitam atau kelabu membabitkan belia.

"Kita nak tahu di mana belia berada, kawasan bandar atau desa, menganggur atau bekerja, atau masih bersekolah. Saya kerah semua penggerak Rakan Muda membantu program ini yang dijangka disiapkan dalam tempoh sebulan.

"Saya juga mohon kerjasama polis Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebab kita nak mulakan di kawasan yang belianya paling tergugat, sebelum diperluaskan ke bandar besar, peringkat negeri dan daerah," katanya.

Sementara itu, Azalina berkata, persatuan belia boleh diperkasakan menerusi Akta Belia berikutan ketetapan supaya pemimpin berusia bawah 40 tahun memimpin persatuan mereka.

"Jika semua ahli belia masuk persatuan, program belia akan mudah dilaksanakan tetapi ramai belia enggan masuk persatuan kerana pemimpinnya sudah tua.

"Ini berbeza dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang kepimpinannya diterajui orang muda dan tahun lalu, kita beri RM1 juta kepada MBM melaksanakan programnya," katanya.






©The New Straits Times Press (M) Berhad
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my