• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow MBM sambut baik penubuhan Skuad Rakan Muda Idol
MBM sambut baik penubuhan Skuad Rakan Muda Idol PDF Cetak E-mail
Wednesday, 06 August 2008

MELAKA 4 Ogos - Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mewujudkan pasukan khas yang dikenali sebagai Skuad Rakan Muda Idol yang terdiri daripada kalangan remaja bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Naib Presidennya, Datuk Idris Haron berkata, cadangan tersebut merupakan inisiatif baru KBS untuk memasyarakatkan belia agar memahami kegiatan kumpulan masyarakat dewasa supaya mereka bersedia untuk menghadapai cabaran masa depan negara.

''Dahulu kita ada beberapa inisiatif seperti Rakan Muda Masjid, Rakan Muda Sukan, Rakan Muda Perpustakaan, Rakan Muda Wawasan Desa dan hari ini kita ada pula Rakan Muda Idol.

''Pada saya apapun jenama yang kita bawa, hasratnya adalah untuk membuka seluas-luasnya ruang kepada belia untuk mempamerkan keupayaan mereka dalam kegiatan kemasyarakatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pembukaan Sidang Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-12 di Seri Negeri di sini hari ini.

Idris yang juga Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) berkata demikian sebagai mengulas cadangan tersebut dengan setiap pasukan akan dianggotai seramai 100 anggota berusia antara 15 hingga 25 tahun.

Penubuhan pasukan berkenaan bertujuan mendekatkan golongan sasaran dengan masyarakat melalui aktiviti seperti gotong-royong dan satu sekretariat khas akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi merealisasikan penubuhan pasukan di setiap kawasan Parlimen.

KBS mensasarkan penubuhan 10 pasukan bagi setiap Parlimen dengan penyertaan lebih 100,000 remaja dalam tempoh sembilan bulan akan datang.

Idris yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menambah, penubuhan pasukan tersebut akan menambahkan lagi bilangan persatuan belia kerajaan dan kerajaan di Melaka yang setakat ini sudah mempunyai 17 pertubuhan belia.

''Kita mempunyai MGBM, Jabatan Belia dan Sukan Melaka serta Sahabat Belia di bawah Jabatan Ketua Menteri yang benar-benar merapatkan diri dengan jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif.

''Langkah penubuhan pasukan ini juga sekaligus membolehkan pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar di bawah KBS disekutukan melalui kegiatannya yang telah dirancang," katanya.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my