• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Saturday
Mar 13th
Home arrow Links
Belia dapat RM3,000 tubuh pusat siber PDF Cetak E-mail
Monday, 28 July 2008
MELAKA: Kementerian Belia dan Sukan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM3,000 kepada pertubuhan belia seluruh negara bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah pusat siber di setiap kawasan Parlimen, mulai penghujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata menerusi langkah itu, kerajaan berharap melihat sekurang-kurangnya sebuah pusat siber dilengkapi dengan kemudahan internet dapat diwujudkan di semua 222 kawasan Parlimen seluruh negara. Katanya, bagi memastikan kelancaran usaha itu, kementeriannya akan membentuk satu sekretariat, dianggotai pemimpin atau ahli belia di setiap kawasan yang akan berfungsi untuk mentadbir dan memantau pusat siber belia berkenaan.

"Harapan kita, dengan adanya kemudahan ini akan membolehkan golongan belia menguasai bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan kemudian membantu penduduk setempat menggunakan kemudahan itu,'' katanya ketika berucap pada majlis penutup Sambutan dan Perhimpunan Hari Belia Negara peringkat negeri, di Dataran Bandaraya, dekat sini, malam kelmarin.

Majlis perasmian penutup disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Pada majlis itu, Sabri turut dianugerahkan Pingat Bintang Khidmat Cemerlang (BKC) iaitu anugerah tertinggi Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) manakala 23 individu lain menerima Pingat Bakti Belia (PBB) sebagai menghargai bakti dan pengorbanan sukarela mereka.

Beliau turut menyampaikan sumbangan RM890,000 kepada kerajaan negeri bagi membolehkan 25 pertubuhan belia yang bergabung di bawah MGBM menjalankan program tahunannya.
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM-SWAn sedia jalin kerjasama Active Image
Kuala Lumpur, 10 Mac 2010 - Ramai antara kita hanya sedar bahawa isu AIR adalah isu yang hanya melibatkan kepenggunaan air secara domestik sahaja. Isu air bagi kita, hanyalah isu yang remeh temeh dan kita sebagai pengguna air hanya memikirkan bagaimana untuk membayar bil air setiap bulan. Tetapi sebenarnya, disebalik pandangan kita itu, isu air merupakan isu yang amat penting samada pada peringkat nasional mahupun antarabangsa. Air merupakan sumber yang penting dan masyarakat seharusnya sedar tentang perkara ini. Faktor air juga boleh menentukan ekonomi sesebuah negara serta taraf sosial masyarakatnya. Sedar tentang kepentingan air ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) bersedia untuk bekerjasama dengan Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAn) bersedia untuk menggerakkan seluruh belia bagi memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya air ini. Kesediaan MBM ini telah dinyatakan sendiri oleh Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Setiasuaha MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz ketika mengadakan pertemuan dengan pihak SWAn yang diwakili oleh Naib Presidennya, YBhg. Dato' Muhammad Azaham Abdul Wahab, yang juga mantan Presiden MBM. Pertemuan selama 2 jam ini banyak membincangkan kerjasama yang boleh diadakan antara 2 pihak.
Keseluruhan artikel...File Not Found

File Not Found

The requested URL was not found on this server.

 
         
 

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my