Links | ‘Larangan siswa anggotai politik lawan prinsip’ |
|
|
|
| Monday, 28 July 2008 | |
|
Oleh Mohamed Farid Noh Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta membenarkan mahasiswa menganggotai parti politik pilihan mereka dan aktif dalam politik, walaupun Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang akan melalui proses bacaan kedua di Dewan Rakyat Ogos ini menghalang mahasiswa berbuat demikian. Pihak kerajaan juga disaran tidak bimbang dengan pembabitan mahasiswa dalam politik kerana yakin langkah itu akan mempercepatkan kematangan sahsiah mereka di samping membawa manfaat kepada pembangunan politik negara. Timbalan Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata sebagai bekas pemimpin mahasiswa, beliau mengalu-alukan pindaan AUKU yang membenarkan pemimpin parti politik mendampingi mahasiswa, tetapi berharap mahasiswa dibenarkan menganggotai parti politik. “Larangan mahasiswa menganggotai parti politik berlawanan dengan prinsip pilihan raya umum apabila mahasiswa yang layak mengundi akan memilih parti politik tertentu. Saya bersetuju jika mahasiswa dilarang memegang apa-apa jawatan dalam parti politik, tetapi benarkan menganggotai parti politik pilihan mereka. “Saya tidak mahu kerajaan terus digelar ‘double-standard’ atau tidak adil kerana mahasiswa tidak dibenar menganggotai parti politik sebaliknya mahasiswa di luar negara diberikan kebebasan itu,” katanya. Saifuddin yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta bekas Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (UM) berkata, kerajaan tidak perlu bimbang pembabitan mahasiswa dalam politik kerana pegangan mereka terhadap politik akan berubah seiring peningkatan usia dan kematangan. Semalam Berita Minggu melaporkan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemimpin parti politik, termasuk pembangkang akan dibenarkan memberi ceramah kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan syarat ada kaitan dengan pengajian dan akademik mahasiswa apabila AUKU diluluskan Dewan Rakyat, Ogos ini. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
Seluar jeans julang nama
Oleh Misiah Taib Idris Haron
Idris jadi tempat rujukan jika pelajar kehi...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 
| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my