| 4B mahu kumpul 20,000 tanda tangan bantah AS |
|
|
|
| Monday, 07 July 2008 | |
|
JASIN 6 Julai - Gerakan Belia 4B (Belia 4B) Melaka akan mengumpul lebih 20,000 tanda tangan yang mewakili anggota pertubuhan dan penduduk negeri ini sebagai membantah campur tangan Amerika Syarikat (AS) dalam isu kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Majlis Kerja Tertinggi GB4B Malaysia, Hassan Rahman berkata,
sebagai permulaan, pihaknya telah mengumpul lebih 4,000 tanda tangan
mewakili masyarakat sekitar Dewan Undangan negeri (DUN) Sungai Rambai
dan usaha itu akan diperluaskan di kalangan anggota pertubuhan tersebut
kelak. Menurutnya, tanda tangan itu akan dijadikan sebagai memorandum bantahan yang kemudiannya akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam selaku presiden pertubuhan berkenaan pada minggu depan. ''Cubaan AS untuk campur tangan dalam isu Anwar ini sangat biadap
dan amat keterlaluan, ia seperti satu konspirasi jahat mahu mencampuri
urusan negara ini," katanya selepas merasmikan Pesta Sukan Melaka DUN
Sungai Rambai di sini hari ini. Hassan yang juga Timbalan Pengerusi GB4B negeri berkata, apabila
sudah selesai kelak memorandum tersebut diserahkan, memorandum tanda
tangan yang mewakili keseluruhan anggota GB4B Malaysia akan menyusul
selepas itu. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa Anwar merupakan seorang
individu yang licik bersandiwara bagi mencapai cita-cita politik
peribadinya dan sanggup memperalatkan sesiapa sahaja termasuk AS bagi
menjayakan agenda jahatnya terhadap bangsa Melayu dan negara. ''Kita bimbang rakyat akan terjebak dengan sandiwara yang dilakonkan
itu lebih-lebih lagi bila beliau sengaja mengheret campur tangan dari
luar sehingga mencetuskan keresahan serta kebimbangan kepada rakyat. ''Atas kebimbangan ini juga, kita menentang sekeras-kerasnya
tindakan beliau (Anwar) serta konco-konconya dan mendesak kepimpinan
negara iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
mengambil tindakan yang tegas mengikut undang-undang negara terhadap
Anwar Ibrahim. ''Kita tidak akan berganjak dengan keputusan GB4B Malaysia yang
mahukan kerajaan Malaysia mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap
Anwar yang dianggap tidak setia kepada negara dan telah mencemari imej
negara menderhaka kepada Malaysia," katanya. Menurut Hasan, dengan adanya memorandum itu kelak, kepimpinan negara
tidak akan teragak-agak untuk bertindak ke atas Anwar dan ia diharap
sebagai pendorong kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat
untuk sama-sama membantah campur tangan AS dalam isu terbabit. Selain itu, beliau turut berpendapat bahawa desas-desus yang meminta
Anwar bersumpah di hadapan mufti dengan al-Quran adalah tidak perlu
diadakan memandangkan ia seperti memperalatkan agama. ''Pada saya, perbuatan itu tidak perlu kerana dalam hal ini kita
tidak perlu mempersendakan al-Quran dan jangan gunakan agama sebagai
alat. ''Kita ada saluran yang tertentu, jika melalui siasatan sudah terbukti, untuk apa lagi bersumpah dan jika siasatan menunjukkan tiada bukti bahawa beliau (Anwar) tidak melakukan perbuatan tidak baik itu, maka beliau bebaslah, apa nak ditakutkan," katanya. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my