Links | Ceburi bidang penternakan |
|
|
|
| Wednesday, 02 July 2008 | |
|
NILAI 1 Julai - Kerajaan negeri menyarankan supaya lebih ramai belia tampil melibatkan diri dalam industri penternakan dan menjadikan bidang itu sebagai salah satu kerjaya pilihan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar,
Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi,
kerajaan sentiasa memberi sokongan dan menyediakan pelbagai insentif
sebagai galakan kepada golongan belia yang berminat menceburi bidang
penternakan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labu berkata, industri ternakan juga mampu menjana pulangan lumayan di samping menyeimbangkan krisis kenaikan harga bahan makanan di negara ini. ''Sehubungan itu, saya menyarankan agar lebih ramai belia di negeri
ini yang menyahut seruan kerajaan untuk merealisasi hasrat menjadikan
bidang pertanian itu satu perniagaan," ujarnya. Hasim berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Kursus Usahawan Belia Ternak Peringkat Negeri Sembilan 2008 di Ladang Ternak Al-Barakah, Kampung Kondok di sini hari ini. Hadir sama Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Khaidir Jamal dan Pengerusi Al-Barakah Global Food Industry Sdn. Bhd., Idris Haron. Kursus penternakan kambing baka Jamnapari yang berlangsung selama lima hari tersebut dihadiri oleh seramai 53 peserta yang mewakili persatuan-persatuan belia di negeri ini dan dari negeri-negeri lain seperti Johor, Melaka, Selangor, Terengganu dan Perak. Jelas beliau, pada masa ini kerajaan merancang untuk mengurangkan import daging yang nilainya mencecah hingga berbilion ringgit setiap tahun. Justeru itu, tambahnya, perkembangan dalam bidang penternakan haiwan seperti kambing dan lembu boleh mengurangkan kebergantungan negara terhadap import daging dari luar negara. Dalam pada itu, Hasim berharap belia yang menyertai kursus berkenaan sentiasa gigih dan bersemangat cekal untuk muncul sebagai usahawan ternak yang berjaya. ''Golongan belia perlu membuktikan mereka boleh berjaya dalam bidang ini dan kerajaan sentiasa bersedia membantu mereka dari segi khidmat nasihat serta bantuan kewangan bagi mencapai matlamat tersebut," ujarnya. Selain itu, beliau juga mahu peserta-peserta memanfaatkan pengetahuan berkaitan penternakan kambing yang telah dipelajari dengan sebaik-baiknya serta memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada rakan-rakan belia lain di kawasan masing-masing. |
| Berikutnya > |
|---|
Seluar jeans julang nama
Oleh Misiah Taib Idris Haron
Idris jadi tempat rujukan jika pelajar kehi...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 
| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my