Links | RM20j bantu belia bertani |
|
|
|
| Monday, 30 June 2008 | |
|
BERA: Kementerian Belia dan Sukan menyediakan peruntukan RM20 juta
menerusi Tabung Ekonomi Belia (TEB) untuk membantu belia yang terbabit
dengan kegiatan pertanian.
Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata menerusi tabung itu, belia yang mengusahakan pertanian boleh memohon pinjaman antara RM15,000 hingga RM50,000. "Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sentiasa memberi penekanan terhadap pertanian sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara. "Abdullah memberi fokus kepada bidang pertanian dan mahu memperhebatkan
gerakan pertanian di negara ini," katanya selepas merasmikan Mesyuarat
Agung Tahunan ke-31 Pertubuhan Peladang Kawasan Bera di Kerayong,
semalam. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guai, Norol Azali Sulaiman dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Bera, Abu Bakar Abdul Kadir. Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, belia perlu merebut kemudahan disediakan kerana bidang pertanian kini bukan saja memberi pulangan lumayan, malah dapat mengurangkan pergantungan negara kepada makanan negara luar. Katanya, pinjaman TEB dibuka kepada belia yang berumur bawah 40 tahun dengan seorang penjamin. Beliau yakin krisis kekurangan bekalan makanan dapat diatasi jika beliau mengambil kesempatan mengusahakan tanah terbiar dengan projek pertanian terutama sawah. Sehubungan itu, Ismail meminta pertubuhan peladang dan agensi pertanian mengenal pasti kawasan tanah terbiar yang boleh dibangunkan untuk tujuan pertanian. Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Tabung Pendidikan LPP kepada 52 pelajar cemerlang, manakala tabung kebajikan ahli (sembilan) dan sijil penghargaan (sembilan). |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
Seluar jeans julang nama
Oleh Misiah Taib Idris Haron
Idris jadi tempat rujukan jika pelajar kehi...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 
| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my