• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Saturday
Mar 20th
Home
RM20j bantu belia bertani PDF Cetak E-mail
Monday, 30 June 2008
BERA: Kementerian Belia dan Sukan menyediakan peruntukan RM20 juta menerusi Tabung Ekonomi Belia (TEB) untuk membantu belia yang terbabit dengan kegiatan pertanian.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata menerusi tabung itu, belia yang mengusahakan pertanian boleh memohon pinjaman antara RM15,000 hingga RM50,000.

"Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sentiasa memberi penekanan terhadap pertanian sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
"Abdullah memberi fokus kepada bidang pertanian dan mahu memperhebatkan gerakan pertanian di negara ini," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 Pertubuhan Peladang Kawasan Bera di Kerayong, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guai, Norol Azali Sulaiman dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Bera, Abu Bakar Abdul Kadir.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, belia perlu merebut kemudahan disediakan kerana bidang pertanian kini bukan saja memberi pulangan lumayan, malah dapat mengurangkan pergantungan negara kepada makanan negara luar.

Katanya, pinjaman TEB dibuka kepada belia yang berumur bawah 40 tahun dengan seorang penjamin.

Beliau yakin krisis kekurangan bekalan makanan dapat diatasi jika beliau mengambil kesempatan mengusahakan tanah terbiar dengan projek pertanian terutama sawah.

Sehubungan itu, Ismail meminta pertubuhan peladang dan agensi pertanian mengenal pasti kawasan tanah terbiar yang boleh dibangunkan untuk tujuan pertanian.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Tabung Pendidikan LPP kepada 52 pelajar cemerlang, manakala tabung kebajikan ahli (sembilan) dan sijil penghargaan (sembilan).
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image Beri peluang pelatih PLKN untuk sertai belia
Active Image
Kuala Lumpur, 18 Mac 2010 - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan salah satu program yang berjaya dalam mendidik serta melatih remaja lepasan SPM dalam menyiapkan diri dengan prinsip kenegaraan. Namun, ada segelintir bekas pelatih yang tamat latihan PLKN masih lagi mencari arah dalam menempatkan diri mereka ke dalam masyarakat. Melihat akan perkara tersebut, MBM mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi membincangkan beberapa program bersama. Delegasi MBM  seramai 8 orang ini diketuai sendiri oleh Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee  telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Ketua Pengarah JLKN, Y.Bhg Dato’ Hj. Abdul Hadi Bin Awang Kechil yang turut bersama dengan beberapa orang pegawai kanannya. Pertemuan selama lebih dua jam ini turut membincangkan beberapa isu antaranya isu persatuan alumni PLKN.
Active Image
Keseluruhan artikel...
 
         
 

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Who's Online

Saat ini ada 12 tetamu online

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my

Polls