• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home
Karnival belia jual arak secara terbuka dikecam PDF Cetak E-mail
Thursday, 26 June 2008
BUTTERWORTH: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob menyifatkan perbuatan menjual arak secara terbuka ketika Karnival Belia Pulau Pinang 2008 tidak menyokong hasrat negara melahirkan remaja berkualiti.

Sambil meluahkan rasa kecewanya, beliau menegaskan kementeriannya tidak boleh menerima perbuatan seumpama itu.

“Mereka (kerajaan negeri) harus ingat karnival itu bertujuan untuk memupuk sikap positif dan menggalakkan belia menjalani gaya hidup sihat, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. “Saya lihat tindakan ini hanya akan ‘merosakkan’ anak bangsa kita,” katanya mengulas penjualan arak secara terbuka ketika karnival anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang di Juru Autocity, Bukit Mertajam, Ahad lalu.

Kelmarin, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) mengecam kerajaan negeri kerana membenarkan penjualan arak secara terbuka di karnival itu, selain tidak peka sensitiviti belia Islam yang turut menghadiri majlis itu.

Mengulas mengenai bentuk hukuman boleh dikenakan terhadap kerajaan negeri, Ismail Sabri berkata, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia dianjurkan kerajaan negeri dan bukannya Kementerian Belia dan Sukan.

“Terpulang kepada mereka untuk menghukum sesiapa saja melakukan kesilapan itu. Saya juga tidak bercadang untuk berjumpa dengan mereka bagi menyelesaikan masalah ini kerana mereka (kerajaan negeri) boleh berfikir sendiri mengenainya.

“Takkan perkara asas macam itu pun mereka tidak boleh fikir sendiri. Lagipun mereka ada Exco beragama Islam, jadi boleh dapatkan nasihat mereka kalau mereka benar-benar tidak tahu mengenai,” katanya.

Beliau berharap insiden itu akan menjadi iktibar kepada kerajaan negeri lain dalam melaksanakan program berkaitan belia dan mahu pengisian aktiviti atau penjualan barangan mengambil kira sensitiviti pelbagai masyarakat.

Sementara itu, kerajaan negeri mahu pihak yang terbabit dalam penjualan arak ketika karnival berkenaan memohon maaf secara terbuka.
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
Terkini
MBM ajak belia kutuk serangan rejim Israel KUALA LUMPUR 4 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengajak seluruh warga belia untuk mengu... 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my