| Selatan: Banyak persatuan belia tunggu masa berkubur |
|
|
|
| Friday, 13 June 2008 | |
|
Oleh Mohd Roji Abdullah Penggiat perlu pendekatan bersepadu pikat ahli sertai aktiviti bukan bersikap ‘hangat-hangat tahi ayam’ KLUANG: Penggiat persatuan belia di daerah ini, digesa tidak bersikap `hangat-hangat tahi ayam' yang hanya aktif menjalankan pelbagai aktiviti pada awal penubuhan persatuan mereka. Akibat sikap itu, banyak persatuan belia peringkat kampung di daerah ini kini boleh diibarat `hidup segan, mati tak mahu' dan hanya menanti masa untuk dibubarkan. Naib Ketua Umno Bahagian Kluang, Razali Mohd Noor, berkata persepsi segelintir golongan belia yang menganggap penyertaan dalam persatuan tidak memberi manfaat juga menyumbang kepada kurangnya sambutan terhadap aktiviti yang dijalankan persatuan. Sehubungan itu, beliau menuntut pendekatan lebih bersepadu dilaksanakan penggerak persatuan belia di peringkat kampung untuk menarik penyertaan lebih ramai golongan belia. "Kita juga mahu persatuan belia kembali dimantapkan terutama ketika kita menghadapi senario terkini iaitu kurangnya minat anak muda untuk menyertai persatuan. "Saya berharap penggiat persatuan belia di daerah ini, tidak mudah patah semangat dengan senario ini sebaliknya menjadikannya sebagai cabaran untuk mengukuhkan lagi persatuan yang mereka pimpin," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan negeri, Md Jais Sarday, pada Majlis Belia Bersama Pemimpin anjuran Persatuan Belia Cemerlang, Kampung Dato Abdul Rahman Yassin, di Gunung Lambak Eco Resort, di sini. Razali turut menasihatkan persatuan belia yang baru ditubuhkan di kawasan kampung supaya mendaftar dengan Majlis Belia Daerah bagi memudahkan bantuan disalurkan untuk memastikan mereka mampu menjalankan lebih banyak aktiviti. Selain itu, beliau turut menggesa pemimpin persatuan belia supaya berusaha mencari dana tambahan untuk menggerakkan persatuan. "Kita harus berusaha menambah nilai dalam aktiviti yang dijalankan supaya ahli tidak jemu bersama kita dan kita sendiri sebagai pemimpin juga harus menanam semangat tinggi untuk memastikan persatuan itu kekal berkembang setiap masa. "Harus diingat, sekali kita berpersatuan, kita akan terus untuk berpersatuan selama-lamanya. Ini hakikat sebenar yang pasti dilalui mereka yang memiliki kesedaran untuk berbakti menerusi persatuan," katanya. Katanya lagi, pihaknya juga mengharapkan Persatuan Belia Gemilang, Kampung Melayu Nyior, akan membawa kejayaan kerana mereka dipilih mewakili daerah ini untuk menerima Anugerah Belia peringkat negeri tahun ini. "Belia Kampung Melayu Nyior giat menjalankan aktiviti pertanian dengan menyertai projek penanaman buah pitaya secara bersepadu dan kegigihan mereka itu diharap dapat mengharumkan nama daerah ini nanti. "Pada masa yang sama saya mahu persatuan belia kampung lain supaya mencontohi usaha gigih belia Kampung Melayu Nyior dengan mempelbagaikan aktiviti ekonomi. Jika kita tidak mempunyai tanah untuk diusahakan dengan aktiviti pertanian, kita boleh mencari aktiviti ekonomi lain yang bersesuaian," katanya. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my