• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home
Selatan: Banyak persatuan belia tunggu masa berkubur PDF Cetak E-mail
Friday, 13 June 2008
Oleh Mohd Roji Abdullah

Penggiat perlu pendekatan bersepadu pikat ahli sertai aktiviti bukan bersikap ‘hangat-hangat tahi ayam’

KLUANG: Penggiat persatuan belia di daerah ini, digesa tidak bersikap `hangat-hangat tahi ayam' yang hanya aktif menjalankan pelbagai aktiviti pada awal penubuhan persatuan mereka.

Akibat sikap itu, banyak persatuan belia peringkat kampung di daerah ini kini boleh diibarat `hidup segan, mati tak mahu' dan hanya menanti masa untuk dibubarkan.

Naib Ketua Umno Bahagian Kluang, Razali Mohd Noor, berkata persepsi segelintir golongan belia yang menganggap penyertaan dalam persatuan tidak memberi manfaat juga menyumbang kepada kurangnya sambutan terhadap aktiviti yang dijalankan persatuan. Sehubungan itu, beliau menuntut pendekatan lebih bersepadu dilaksanakan penggerak persatuan belia di peringkat kampung untuk menarik penyertaan lebih ramai golongan belia.

"Kita juga mahu persatuan belia kembali dimantapkan terutama ketika kita menghadapi senario terkini iaitu kurangnya minat anak muda untuk menyertai persatuan.

"Saya berharap penggiat persatuan belia di daerah ini, tidak mudah patah semangat dengan senario ini sebaliknya menjadikannya sebagai cabaran untuk mengukuhkan lagi persatuan yang mereka pimpin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan negeri, Md Jais Sarday, pada Majlis Belia Bersama Pemimpin anjuran Persatuan Belia Cemerlang, Kampung Dato Abdul Rahman Yassin, di Gunung Lambak Eco Resort, di sini.

Razali turut menasihatkan persatuan belia yang baru ditubuhkan di kawasan kampung supaya mendaftar dengan Majlis Belia Daerah bagi memudahkan bantuan disalurkan untuk memastikan mereka mampu menjalankan lebih banyak aktiviti.

Selain itu, beliau turut menggesa pemimpin persatuan belia supaya berusaha mencari dana tambahan untuk menggerakkan persatuan.

"Kita harus berusaha menambah nilai dalam aktiviti yang dijalankan supaya ahli tidak jemu bersama kita dan kita sendiri sebagai pemimpin juga harus menanam semangat tinggi untuk memastikan persatuan itu kekal berkembang setiap masa.

"Harus diingat, sekali kita berpersatuan, kita akan terus untuk berpersatuan selama-lamanya. Ini hakikat sebenar yang pasti dilalui mereka yang memiliki kesedaran untuk berbakti menerusi persatuan," katanya.

Katanya lagi, pihaknya juga mengharapkan Persatuan Belia Gemilang, Kampung Melayu Nyior, akan membawa kejayaan kerana mereka dipilih mewakili daerah ini untuk menerima Anugerah Belia peringkat negeri tahun ini.

"Belia Kampung Melayu Nyior giat menjalankan aktiviti pertanian dengan menyertai projek penanaman buah pitaya secara bersepadu dan kegigihan mereka itu diharap dapat mengharumkan nama daerah ini nanti.

"Pada masa yang sama saya mahu persatuan belia kampung lain supaya mencontohi usaha gigih belia Kampung Melayu Nyior dengan mempelbagaikan aktiviti ekonomi. Jika kita tidak mempunyai tanah untuk diusahakan dengan aktiviti pertanian, kita boleh mencari aktiviti ekonomi lain yang bersesuaian," katanya.
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
Terkini
MBM ajak belia kutuk serangan rejim Israel KUALA LUMPUR 4 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengajak seluruh warga belia untuk mengu... 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Who's Online

Saat ini ada 6 tetamu online

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my

Polls