• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow Semak Kesahihan Maklumat Di Internet
Semak Kesahihan Maklumat Di Internet PDF Cetak E-mail
Thursday, 12 June 2008
Pengguna Internet dinasihat tidak mempercayai sepenuhnya terhadap sebarang hebahan yang diterima tanpa semakan terlebih dahulu. Pensyarah Jabatan Sains dan Politik Universiti Islam Antarabangsa  (UIA), Dr. Marzuki Mohamad berkata, semakan penting bagi mengelakkan penipuan.

Tanpa semakan tegasnya, ia boleh mendorong seseorang itu bertindak negatif terutama jika bahan yang diterima adalah maklumat palsu yang kemudiannya memberi kesan negativf jangka panjang.  “Kesan negatif jangka panjang yang saya maksudkan itu pula bukanlah kepada individu terlibat sahaja, tetapi bimbang akan turut memberi kesan kepada generasi berikutnya.


 “Jika kita menerima sebarang hebahan tanpa diperiksa kesahihannya, dibimbangi suatu masa nanti akan ada rakyat Malaysia dilabelkan sebagai generasi yang tidak bersifat matang terhadap sesuatu berita,” ujarnya.
Peringatan tersebut diberi semasa menjadi ahli panel Sidang 1 bertajuk Cabaran dan Harapan Generasi Baru Malaysia ‘Dunia Siber: Fakta atau Fitnah’ sempena Konvensyen Belia Kebangsaan 2008, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dua lagi ahli panel ialah Presiden Majlis Belia Asia (AYC), Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan penulis blog bebas, Anisah Haron yang juga bekas peguam. Pensyarah Jabatan Sains dan Politik UIA itu, turut mengingatkan pengguna laman siber supaya berkomunikasi menggunakan bahasa yang beretika.

“Penggunaan bahasa di Internet seperti dalam ruangan pendapat di blog wajar kita utamakan bahasa yang baik.  “Sekarang masih yang ramai menggunakan bahasa kasar dan bahasa yang kotor. Penggunaan bahasa sedemikian mesti dielak,” ujarnya.

Menyentuh penulis blog pula, Marzuki meminta mereka terlibat untuk turut menjuruskan kepada perkara-perkara yang rasional untuk dimuatkan dalam blog masing-masing.
“Melalui cara ini, para penulis blog boleh mendidik pembaca untuk menjadi lebih bertanggungjawab,” ujarnya.
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
Terkini
MBM ajak belia kutuk serangan rejim Israel KUALA LUMPUR 4 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengajak seluruh warga belia untuk mengu... 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my