| MGBM gabung 17 pertubuhan belia |
|
|
|
| Saturday, 07 June 2008 | |
![]() Oleh Nasir Abd Wahab MELAKA: Hasrat Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) untuk menyatukan 17 pertubuhan belia di negeri ini tercapai apabila semua pejabat sekretariatnya yang ditempatkan di bangunan Yayasan Belia Sedunia (WAY), Ayer Keroh dekat sini, dibuka secara rasmi, semalam. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Pengerusi Gerakan Belia 4B berkata, pembukaan pejabat baru ini dapat memudahkan pelaksanaan program pergerakan belia negeri ini, selain menjadi contoh kepada pergerakan belia negeri lain. Mohd Ali berkata, terletak di lokasi strategik, pejabat baru itu membolehkan pertubuhan belia itu mengatur program selaras dengan harapan kerajaan negeri mahu menjadikan Melaka sebagai negeri belia dengan menyatukan belia peringkat nasional dan antarabangsa. "MGBM berjaya menggabungkan pertubuhan belia pelbagai bangsa dan agama,
selain menjadi wadah untuk menyatukan pergerakan belia untuk berjuang
atas kepentingan nasional dan menyumbang kepada kestabilan politik,
ekonomi dan sosial negeri ini,” katanya selepas merasmikan pejabat
Pertubuhan Belia dan Pusat Sumber Belia Melaka, di Kompleks WAY, dekat
sini, semalam. Hadir sama, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron merangkap Presiden MGBM. Katanya, fungsi pejabat itu adalah untuk menyelaras dan memantau perjalanan organisasi belia di Melaka, selain menyediakan khidmat rujukan data belia serta menjadi pusat sehenti bagi semua aktiviti belia di semua peringkat. Selain itu, beliau menggesa jawatankuasa penajaan Gerakan Belia 4B yang baru mengemaskinikan rekod bagi membolehkan senarai pemimpin baru berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Kementerian Belia dan Sukan yang menggantikan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum akhir tahun ini. Difahamkan, Gerakan Belia 4B negeri kini bakal diterajui Mohd Nizam Omar, 26, yang akan menggantikan Md Yunos Husin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri. Sementara itu, pada majlis berasingan, Idris dalam ucapannya berkata, pelajar politeknik dan kolej komuniti kini diiktiraf sebagai sebahagian kelompok mahasiswa yang wajar mendapat layanan sama seperti kira-kira 800,000 penuntut institut pengajian tinggi (IPT). Katanya, pelajar institusi itu, walaupun menuntut di peringkat sijil, berhak diberi layanan sama, dari segi bantuan pinjaman pelajaran dan kemudahan pembelajaran serta peraturan mengikut Akta Universiti dan Kolej. “Sebelum ini, kementerian tidak memberikan status berkenaan kepada pelajar politeknik dan kolej komuniti tetapi, selepas melihat sumbangan institusi ini dalam menghasilkan graduan peringkat diploma, langkah mengiktiraf kelompok pelajar ini sangat tepat,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2008 Politeknik Kota Melaka (PKM), di sini, malam kelmarin. Pada majlis itu, seramai 62 pelajar semester akhir PKM dari empat jabatan iaitu kejuruteraan awam; kejuruteraan mekanikal; kejuruteraan elektrik dan perdagangan menerima anugerah kecemerlangan berupa sijil dan wang tunai. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my