• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home
Kekalkan sambutan Hari Belia di luar bandar PDF Cetak E-mail
Saturday, 07 June 2008

BERA 3 Jun - Golongan muda di sini mahu sambutan Hari dan Minggu Belia Negara Kebangsaan diadakan di luar bandar terutama di tanah-tanah Felda bagi merapatkan hubungan masyarakat setempat dengan kerajaan.

Setiausaha Majlis Belia Felda Pahang (MBFP), Suhaimi Tan berkata, sambutan Hari dan Minggu Belia peringkat kebangsaan 2008 di Felda Sebertak, di sini baru-baru ini berjaya mencapai matlamatnya untuk meningkatkan jati diri golongan belia.

''Amanat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar belia celik sejarah dalam usaha membentuk jati diri rakyat didapati begitu bermakna kepada golongan berkenaan,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pada 10 Mei lalu, Hari dan Minggu Belia Negara peringkat kebangsaan 2008 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri di adakan di Felda Sebertak iaitu sambutan pertama diadakan di luar Kuala Lumpur.

Seorang penduduk Felda Sebertak, Fairuz Ismail, 25, langkah kerajaan itu dianggap lebih memberi kesan kepada golongan muda luar bandar yang selama ini tidak berpeluang meraikan sambutan tersebut yang biasanya diadakan di Kuala Lumpur.

Katanya, melalui usaha seumpama itu, kerajaan dilihat lebih memahami aspirasi rakyat terutama golongan muda luar bandar.

''Kerajaan telah berusaha keras membangunkan golongan belia dengan matlamat melahirkan modal insan berkualiti," katanya.

Bagi seorang mekanik, Mohd. Badrul Hisham Abd. Rahim, 25, dari Kampung Mat Kilau, Jerantut, sambutan hari belia di luar Kuala Lumpur membolehkan mereka di kawasan lain berpeluang mendekati secara lebih dekat corak kehidupan masyarakat tempatan.

''Belia dari seluruh negara dapat berkenalan dan memahami realiti kehidupan masyarakat peneroka,'' katanya.

Seorang belia dari Kampung Tanjung Agas, Pekan, Nurul Hafizah Abu Bakar, 21, berkata, dia amat bertuah kerana terpilih sebagai peserta Hari dan Minggu Belia Negara tahun ini kerana dapat mengenali lebih rapat kehidupan peneroka.

Seorang lagi belia, Norahim Norfadzir, 21, dari Taman Maran Jaya, Maran pula berpendapat, sambutan Minggu Belia kali ini lebih meriah dan bermakna apabila disambut di luar Kuala Lumpur.

''Ini merupakan pertama kali saya hadir di Hari dan Minggu Belia Negara kerana selama ini saya tidak berpeluang ke Kuala Lumpur untuk menyambutnya," katanya.

Seorang anak peneroka, Mohd. Syeqri Mat Jidi, 20, dari Felda Triang 1, Bera mahu sambutan seumpama itu diteruskan di luar Kuala Lumpur pada masa akan datang.

''Usaha berterusan itu perlu dilakukan supaya golongan belia luar bandar tidak merasakan diri mereka tersisih daripada perkembangan arus perdana," jelasnya.

Seorang lagi anak peneroka, Norsyazwani Abd. Rashid, 21, dari Felda Lepar Hilir 3 berkata, sambutan Hari dan Minggu Belia Negara itu memberi mesej kepada generasi muda supaya menghayati sejarah supaya mereka tidak lupa pengorbanan pemimpin terdahulu dalam membangunkan bangsa, agama dan negara.

Dia juga berterima kasih kepada kerajaan yang melonggarkan syarat kepada belia yang ingin membuat pinjaman melalui Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) untuk menjalankan perniagaan.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
Terkini
MBM ajak belia kutuk serangan rejim Israel KUALA LUMPUR 4 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengajak seluruh warga belia untuk mengu... 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Who's Online

Saat ini ada 6 tetamu online

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my

Polls