Links | RM50 juta bantuan pinjaman belia niaga |
|
|
|
| Saturday, 31 May 2008 | |
|
JERANTUT 29 Mei - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan sebanyak RM50 juta pada tahun ini menerusi Tabung Pinjaman Ekonomi Belia untuk meningkatkan penyertaan belia dalam bidang perniagaan di seluruh negara. Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Mohd. Azizan Che Omar berkata, bagi menjayakan matlamat tersebut, kerajaan telah memudahkan prosedur dengan mengurangkan kerenah birokrasi yang selama ini dilihat menjadi halangan kepada belia. Melalui pinjaman tersebut, katanya, belia tidak perlu menyediakan penjamin bagi pinjaman RM15,000 ke bawah sebaliknya mereka hanya perlu mengemukakan permohonan dengan surat sokongan dan pendaftaran perniagaan. ''Bagi pinjaman RM15,000 hingga RM50,000 pula, mereka hanya perlu mengemukakan seorang penjamin yang berpendapatan RM800 sebulan," katanya ketika menutup Program Ekspedisi Kuala Tahan anjuran Gerakan Belia 4B Indera Mahkota di Kuala Tahan dekat sini kelmarin. Mohd. Azizan memberitahu, peminjam tidak perlu lagi menjalani ujian minda atau prosedur lain tetapi hanya perlu menjalani kursus singkat perniagaan anjuran kementerian terbabit. Katanya, pinjaman mudah yang disediakan kementerian itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan selain melahirkan belia berkemahiran serta berkualiti bagi memenuhi pasaran pekerjaan di seluruh negara. Sehingga kini, menurut Mohd. Azizan, sebanyak RM10.5 juta pinjaman diluluskan kepada belia yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan. Sehubungan itu, beliau menggesa belia lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dan menganggur supaya memohon pinjaman itu bagi memajukan diri dalam perniagaan. ''Peluang keemasan yang disediakan kerajaan itu tidak seharusnya dipersia-siakan kerana kementerian mempunyai perancangan untuk membantu mereka menjadi usahawan yang berjaya dan mendapatkan pendapatan lumayan," katanya. Mohd. Azizan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera berkata, pinjaman itu terbuka kepada semua golongan tanpa mengira kaum. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
Kementerian Belia Kenya lawat MBM
Kuala Lumpur, 3 Mac 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) merasa bertuah kerana telah didatangi o...
Seluar jeans julang nama
Oleh Misiah Taib Idris Haron
Idris jadi tempat rujukan jika pelajar kehi...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 
| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my