| Radio Belia diwujudkan |
|
|
|
| Saturday, 31 May 2008 | |
|
PUTRAJAYA 30 Mei - Kementerian Belia dan Sukan akan mewujudkan stesen radio khas iaitu Radio Belia bagi memberi peluang kepada golongan itu menyuarakan pendapat dan pandangan secara terus kepada masyarakat dan kerajaan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, stesen radio khas itu berlainan dengan slot tertentu untuk pendengar muda yang disediakan oleh stesen radio sedia ada. Ini kerana, jelas beliau, sasaran utama merupakan golongan belia yang mewakili satu pertiga atau 11 juta daripada 26 juta penduduk Malaysia. "Kami menganggap golongan ini juga tentu inginkan suara belia didengar terus dan berpeluang menyatakan pendapat atau mengadakan forum sendiri. ''Idea penubuhan radio ini sebenarnya telah lama dibangkitkan sebelum ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di sini hari ini. Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi mengkaji dan mencari pengisian mahupun pengendali siaran Radio Belia itu. Sementara itu katanya, kementerian turut meluluskan cadangan Majlis Perundingan Belia Malaysia dalam mesyuarat minggu lalu untuk menubuhkan empat lagi jawatankuasa khas iaitu pembangunan usahawan, menangani masalah sosial, kepimpinan dan patriotisme dan perpaduan dan integrasi. "Kami juga akan melancarkan Kempen Belia Benci Jenayah selewat-lewatnya Ogos ini dengan melantik Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Yasin Salleh sebagai pengerusinya manakala keahliannya juga melibatkan pihak polis dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah, Tan Sri Lee Lam Thye,'' katanya. Tambahnya, kementerian itu juga akan melancarkan program satu lagi gaya hidup baru Rakan Muda iaitu Rakan Cyber pada 29 Jun ini. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my