• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow PLKN: Henti pilih peserta secara rawak
PLKN: Henti pilih peserta secara rawak PDF Cetak E-mail
Saturday, 22 July 2006

Oleh: BINTU RASYADA ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR 21 Julai – Pelbagai pihak mencadangkan agar pemilihan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diwajibkan kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau berumur 18 tahun tidak dibuat secara rawak.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia bagi mewujudkan peluang sama rata kepada semua remaja di peringkat umur tersebut untuk meraih pengalaman berharga melalui program itu.

“Kita melihat program ini sebagai sesuatu yang sangat baik dan mendatangkan banyak faedah di samping dapat menghindarkan remaja dari terlibat dengan masalah sosial, jadi apa salahnya jika peluang ini diberi kepada semua,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Shamsul Anuar berkata, cadangan itu bertepatan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi yang akan memberi markah merit kepada peserta PLKN ketika memohon ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selain keutamaan untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Ia merupakan satu insentif yang baik untuk menarik remaja menyertai khidmat negara.

“Tetapi, lebih baik sekiranya peserta ini turut ditawarkan tempat untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran kerana kita tahu bukan semua pelajar layak ke IPTA atau ATM,’’ jelasnya.

Bagaimanapun kata beliau, pelbagai aspek seperti prasarana, keselamatan dan latihan perlu diberi penekanan memandangkan ia melibatkan jumlah peserta yang ramai.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof. Madya Mohd. Ali Hasan pula berkata, pemilihan sepatutnya tidak boleh dibuat secara rawak kerana ia menidakkan mereka yang betul-betul berhasrat menyertai program itu.

Menurutnya, melalui penyeragaman penyertaan dan persiapan rapi, program tersebut akan memberi manfaat yang besar kepada negara dan peserta itu sendiri.

Dalam pada itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang sebelum ini kurang senang dengan pemberian markah merit kepada peserta PLKN juga menyokong saranan itu agar tidak timbul soal ketidakadilan.

Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng ketika dihubungi hari ini berkata, dengan penyelarasan itu, semua peserta mempunyai peluang yang sama rata untuk memasuki IPTA atau ATM.

“Jika ia sesuatu yang mendatangkan faedah, kami tidak ada halangan untuk menyokongnya.

“Namun, pengecualian bersyarat perlu diberi kepada kes-kes tertentu kerana kita juga tidak mahu program ini menjadi suatu yang membebankan,’’ katanya.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my