| Rakyat Melaka diminta boikot barang Belanda |
|
|
|
| Wednesday, 09 April 2008 | |
|
Oleh NORIZAN ABDUL MUHID MELAKA 8 April – Gerakan Belia 4B Malaysia merayu masyarakat pelbagai kaum di negeri ini memboikot barangan keluaran Belanda ekoran perbuatan tidak bertanggungjawab ahli Parlimen negara itu, Geert Wilders yang menerbitkan filem menghina agama Islam. Pengerusi Penaja Gerakan Belia 4B Malaysia Melaka, Mohd. Nizam Omar berkata, tindakan memboikot dengan tidak membeli barangan keluaran negara tersebut dianggap setimpal dengan perbuatan Wilders yang terang-terangan menghina kesucian Islam. Menurutnya, perbuatan Wilders jelas tidak bertanggungjawab dan mendatangkan kemarahan seluruh umat Islam di merata dunia. ‘‘Gerakan Belia amat kecewa, sedih dan kesal dengan tindakan Wilders kerana sebagai ahli Parlimen, beliau amat memahami kedudukan dan kesan akibat tindakannya itu yang menerbitkan filem menghina kesucian agama lain. ‘‘Selagi negara itu belum meminta maaf dalam soal ini, amat wajar kita bersatu dan bersama-sama memboikot dengan tidak membeli barangan keluaran Belanda sebagai pengajaran kepada negara itu,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis Program Sepetang bersama Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang dihadiri lebih 500 orang ahli pertubuhan itu di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini, hari ini. Pada majlis itu, Mohd. Ali beserta anggota Gerakan Belia 4B mengadakan piket aman dan memegang sepanduk membantah perbuatan Wilders dan menyenaraikan barangan keluaran negara Belanda yang perlu dihentikan pembeliannya sebagai tanda boikot terhadap negara berkenaan. Menurut Mohd. Nizam, perbuatan tidak bertanggungjawab itu jelas menunjukkan beliau berniat jahat dengan sengaja menerbitkan filem yang menghina Islam. ‘‘Perbuatan beliau yang memburuk-burukkan kesucian agama Islam amat mengecewakan dan menghina keseluruhan masyarakat Islam di merata dunia, Wilders wajar memohon maaf secara terbuka,” katanya. Beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Belanda itu menunjukkan beliau langsung tidak mempunyai rasa sensitif dan sengaja mewujudkan rasa prasangka yang buruk di kalangan masyarakat dunia terhadap agama Islam. Ujarnya, Wilders secara terang-terangan mengaitkan agama Islam dengan keganasan yang sedang berlaku di beberapa negara Asia Barat. Sementara itu, Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, beliau secara peribadi tidak senang hati dengan perbuatan Wilders itu dan mendesak Ahli Parlimen Belanda terbabit memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my