| Awasi slogan 'Jom Ubah' pembangkang |
|
|
|
| Wednesday, 05 March 2008 | |
|
GERIK 4 Mac - Belia yang layak mengundi dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan slogan parti pembangkang yang giat memujuk mereka supaya mengubah kerajaan. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, slogan seperti 'Jom Ubah' dan janji-janji manis yang ditaburkan pembangkang perlu diketepikan kerana ia bertujuan memancing undi semata-mata. Beliau berkata, parti-parti pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam segenap segi sedangkan kerajaan telah melakukan segala-galanya demi rakyat. ''Kita lihat pembangkang termasuk Pas guna macam-macam slogan untuk pujuk rakyat supaya ubah kerajaan dan sokong mereka pula. ''Saya harap pengundi terutama sekali golongan belia jangan terpengaruh dengan dakyah tersebut, kita mesti fikir baik-baik kerana kemajuan dan kemakmuran yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu diteruskan," katanya. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan rakyat dan kempen dari rumah ke rumah di sekitar Parlimen Lenggong di sini hari ini. Antara kampung-kampung yang dimasuki oleh jentera pilihan raya BN Parlimen Lenggong itu ialah Kampung Tanjung Kasau dan Kota Baru Kota Tampan termasuk rumah asal kediaman Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting. Shamsul Anuar yang merupakan calon BN Parlimen Lenggong berkata, sekiranya rakyat ingin membuat perubahan, ia boleh dilakukan menerusi BN dan bukannya pembangkang. Jelas beliau, belia harus sedar pembangkang tidak mampu membawa sebarang perubahan mahu pun pembangunan sebagaimana dilaksanakan BN dalam membela nasib segenap lapisan masyarakat. Katanya, contoh terbaik yang boleh dijadikan teladan oleh pengundi adalah dengan melihat nasib rakyat Terengganu ketika diperintah Pas selama lima tahun pada 1999 hingga 2004. Menurutnya, pada masa itu pemerintahan negeri dan kehidupan rakyat agak kucar-kacir malah ada kanak-kanak terpaksa belajar di luar kelas selepas Tadika Kemas ditutup oleh Kerajaan Pas Terengganu. ''Jadi ingatlah, jangan sekali-kali percaya dengan dakyah pembangkang dan jangan cuba lakukan perubahan dengan menukar kerajaan BN yang sedia ada kerana ia akan membawa kesan negatif kepada seluruh rakyat,'' katanya. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my