| Perhimpunan raksasa anti-Israel di ibu negara hari ini |
|
|
|
| Friday, 21 July 2006 | |
|
Oleh: HASHNAN ABDULLAH KUALA LUMPUR 20 Julai – Satu perhimpunan raksasa anti-Israel akan diadakan di ibu negara esok bagi menyatakan bantahan terhadap rejim Zionis yang menceroboh dan menyerang Lebanon.Ia akan bermula di Masjid KLCC selepas solat Jumaat. Perhimpunan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO itu dijangka berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak sebagai membantah tindakan kuasa besar itu memberi ‘lampu hijau’ kepada Israel melakukan keganasan berkenaan. Dewan Pemuda Pas Pusat juga akan turut mengadakan perhimpunan yang sama di seluruh negara. Ketuanya, Salahudin Ayub berkata, di Kuala Lumpur, perhimpunan akan diadakan di pekarangan Masjid Kampung Baru pada waktu yang sama. Katanya, Pemuda Pas juga telah meminta ahli-ahlinya di seluruh negara mengadakan perhimpunan yang sama. ‘‘Perhimpunan ini adalah tanda protes kita terhadap sikap ganas Zionis,’’ katanya ketika dihubungi. Sementara di PUTRAJAYA, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pergerakan itu akan menggerakkan usaha untuk mewujudkan kesedaran di kalangan ahli Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) terhadap pencerobohan dan serangan tentera rejim Israel tersebut. Beliau berkata, ia juga adalah langkah susulan berikutan kejayaan pergerakan itu menjalinkan kerjasama dengan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) untuk mengadakan perhimpunan serentak di negara masing-masing Jumaat ini bagi mengecam tindakan kejam Israel itu. ‘‘Saya percaya bahawa ahli Pergerakan Pemuda BN akan bersama-sama dengan Pemuda UMNO dalam perjuangan itu kerana ia adalah isu kemanusiaan sejagat. ‘‘Saya akan mempengerusikan mesyuarat khas Pergerakan Pemuda BN pada bulan depan bagi mengumumkan pendirian dan perancangan bersama berhubung pencerobohan Israel itu,” katanya. Sementara itu, bagi pihak KNPI yang mewakili kira-kira 90 juta generasi muda Indonesia pula akan menganjurkan perhimpunan sama di Jakarta. Hishammuddin memberitahu, selain untuk menyedarkan pemimpin muda di kalangan negara Asia dan Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), beliau bercadang untuk menemui pemimpin muda di Iran, Syria dan Palestin secepat mungkin. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my