• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow Kegiatan persatuan perlu penuhi kehendak belia
Kegiatan persatuan perlu penuhi kehendak belia PDF Cetak E-mail
Thursday, 20 July 2006
BATU PAHAT: Persatuan dan pertubuhan belia di negeri ini perlu melaksanakan pendekatan lebih praktikal dan berkesan bagi memastikan program mereka mampu menarik minat serta penyertaan golongan sasar.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Ab Aziz Kaprawi, berkata mereka juga digalak terlebih dulu mendapatkan nasihat atau pandangan golongan yang berpengalaman.

Beliau berkata, pegawai belia di peringkat daerah atau negeri adalah tempat rujukan terbaik bagi pengurusan sesebuah persatuan atau pertubuhan belia mendapatkan tunjuk ajar sebelum melaksana sesuatu aktiviti.

"Langkah ini perlu bagi memastikan mereka mendapat nasihat diperlukan untuk menjadikan sesuatu program dapat menarik penyertaan belia serta mencapai matlamat.

"Pada masa sama, kita menggalakkan pengurusan persatuan serta pertubuhan terbabit mengadakan kerjasama lebih erat dengan jabatan atau agensi kerajaan," katanya.

Ab Aziz berkata, banyak perkara boleh dipelajari serta dijadikan panduan melalui pertemuan dan kerjasama dengan pegawai belia atau jabatan kerajaan lain.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian penutup Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Johor sempena Hari dan Minggu Belia 2006 di kompleks beli belah The Summit, di sini, petang kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Batu Pahat, Datuk Hamsan Saringat, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) negeri, Wasitah Mohd Yusof serta Pengerusi Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ), Othman Taib.

Abd Malik Mohd Shah dari Pontian, muncul juara selepas berjaya mengetepikan cabaran 14 pemidato dari daerah lain di Johor pada program anjuran bersama MBNJ dan JBS negeri itu.

Sebagai juara, Abd Malik menerima hadiah wang tunai RM1,500 serta hadiah iringan, manakala Hasnita Ali dan Ridzuan Mohsin, kedua-duanya mewakili daerah Batu Pahat, memenangi tempat kedua dan ketiga.

Katanya, belia juga perlu berusaha meningkatkan pengetahuan serta daya saing dengan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti belia.

Langkah itu, katanya perlu bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam arus perdana pembangunan negara terutama dalam situasi dunia masa kini yang semakin mencabar.

Mengulas mengenai pertandingan itu, Ab Aziz berkata, kegiatan berkenaan dapat melahirkan generasi belia bermaklumat yang boleh dibanggakan.

"Melalui aktiviti seperti ini, kita dapat membentuk belia yang mempunyai nilai dan pandangan kritis dan mampu meneroka ilmu serta liberal berdasarkan fakta sahih dan tepat sejajar ledakan sistem maklumat terkini.

"Selain itu, ia juga dapat memupuk dan menyuburkan semangat perpaduan di kalangan belia yang menjadi asas kekuatan dan kestabilan sesebuah negara," katanya.


©The New Straits Times Press (M) Berhad
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my