| Kekalkan hubungan baik Malaysia-Indonesia |
|
|
|
| Wednesday, 09 January 2008 | |
|
SHAH ALAM 7 Jan. – Malaysia dan Indonesia perlu mengekalkan hubungan baik yang sudah sekian lama terjalin kerana kedua-dua negara berpotensi untuk lebih maju dan berjaya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut Timbalan Perdana Menteri, kejayaan tersebut akan mudah dicapai sekiranya ada kerjasama rapat dalam pelbagai bidang yang mana hasilnya menguntungkan kedua- dua pihak. Beliau memberikan contoh bidang pelaburan yang mana Malaysia merupakan pelabur terbesar di Indonesia dengan nilai RM8.4 bilion pada 2006. Jelasnya, nilai pelaburan yang tinggi membolehkan kedua-dua negara menikmati hasil ekonomi yang lebih baik. ‘‘Bila kita buka ladang di Indonesia, kita bawa modal dan mereka sediakan kepakaran. Hasil daripada perladangan itu, Malaysia tidak ambil 100 peratus, sebaliknya keuntungan dibahagikan sama rata seperti rakan kongsi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Dialog Malindo 2008: Belia Malaysia-Indonesia di sini malam ini. Dialog bertema Memperkukuhkan Hubungan Generasi Muda Malaysia- Indonesia Melalui Kerjasama Ekonomi dan Sosio Budaya itu disertai 300 belia dari kedua-dua negara. Turut hadir Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Setiausaha Agung Komite Nasional Pemuda Indonesia, Munawar Fuad. Najib memberitahu, bagi memastikan hubungan rapat berkenaan terus kekal, sebarang masalah tercetus yang dianggap remeh dan kecil seharusnya tidak diperbesarkan dan diselesaikan secara profesional. Katanya, sikap sesetengah media yang memainkan isu sensitif sehingga menyebabkan suasana tegang seharusnya dihentikan kerana ia hanya memburukkan lagi keadaan. Beliau menambah, sebagai jiran dan bangsa serumpun, rakyat kedua-dua negara khususnya generasi muda perlu menghayati semangat kebersamaan yang terjalin selama ini dan sepatutnya dibiarkan berterusan. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my