• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow Kes pelajar persenda negara patut jadi pengajaran
Kes pelajar persenda negara patut jadi pengajaran PDF Cetak E-mail
Monday, 20 August 2007
KUALA LUMPUR: Episod seorang pelajar di sebuah universiti di Taiwan yang mempersendakan negara, kerajaan, orang Melayu dan Islam dalam klip video bertajuk Negarakuku harus dijadikan pengajaran supaya tiada lagi pihak memandang remeh isu kaum dan agama.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata generasi muda harus menjadikan perbuatan pelajar itu sebagai pengajaran bahawa rakyat negara ini tidak boleh memperlekehkan semangat toleransi dan perpaduan yang dibina sejak 50 tahun lalu.

Katanya, generasi muda termasuk yang menuntut di luar negara harus sentiasa meletakkan kepentingan negara sebagai perkara utama yang perlu dipelihara dan dilindungi.

“Kita berharap perkara sama tidak diulangi generasi muda lain kerana adalah malang kita sendiri mempersenda lagu dan bendera negara dan kaum lain.

“Generasi muda tidak patut membiarkan diri mereka terpengaruh budaya lain hingga melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelmarin, pelajar Universiti Ming Chuan, Taiwan, Wee Men Chee memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan dan masyarakat Islam di negara ini yang disampaikan menerusi Naib Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek yang menghubunginya menerusi telefon.

Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Nardin Awang, berkata generasi muda terutama pelajar di luar negara perlu berfikiran rasional dan mampu memikirkan kesan negatif jika mengguris perasaan sesuatu kaum.

“Sebagai rakyat Malaysia walaupun berada di luar negara, tidak sepatutnya mencuba sesuatu perkara yang boleh mencetuskan kontroversi semata-mata untuk menunjukkan kreativiti dan bakat,” katanya.

Mohd Nardin berkata, generasi muda memang digalakkan menunjukkan daya kreatif dan bakat masing-masing tetapi bukan membabitkan perkara yang menjejaskan keharmonian kaum.

Meng Chee yang menggunakan nama samaran Namewee, menyiarkan klip video lagu Negarakuku di laman web YouTube pertengahan bulan lalu. Lagu rap bahasa Hokkien itu mendakwa masyarakat Cina dipinggirkan, memperlekehkan Melayu, wanita Islam bertudung serta azan Subuh.

Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Belia Asean, Sobri Ahmad, berharap pelajar itu ikhlas membuat permohonan maaf dan tidak mengulangi perbuatannya.

“Kita harap generasi muda menghayati maksud kemerdekaan yang sudah dicapai negara sejak 50 tahun lalu dan menjauhi melakukan perkara yang memberi kesan negatif kepada perpaduan kaum,” katanya.

©The New Straits Times Press (M) Berhad
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my