• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow ‘Perhebat usaha wujudkan belia aktif sektor ekonomi’
‘Perhebat usaha wujudkan belia aktif sektor ekonomi’ PDF Cetak E-mail
Tuesday, 24 July 2007

Ketua Menteri Melaka ajak persatuan, pemimpin ganding bahu basmi gejala sosial babitkan remaja

JASIN: Persatuan belia di negara ini perlu menganjurkan lebih banyak program pengisian ilmu yang mampu memupuk integriti, membina daya upaya serta menambah daya kreativiti ahlinya, kata Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden Pertubuhan Belia Sedunia (WAY), Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, langkah itu juga secara tidak langsung akan menjadikan golongan belia lebih inovatif, mempunyai nilai tambah, meningkatkan produktiviti, selain memperkukuhkan daya saing.

Katanya, arah tuju generasi belia ketika ini adalah untuk menjadi individu yang aktif dalam aktiviti ekonomi arus perdana yang berunsurkan pengetahuan dan inovasi seperti mana digariskan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) serta Pelan Rancangan Perindustrian Ketiga (IMP3).

"Justeru, orientasi belia dan pemimpinnya hendaklah ditukar segera iaitu daripada yang berunsur hiburan, sukan dan sosial kepada yang berasaskan ekonomi yang boleh menjana pendapatan lumayan.

"Pemimpin belia hendaklah lebih banyak melaburkan masa dan tenaga dalam usaha melengkap dan memantapkan modal insan masing-masing bagi memastikan mereka berintegriti dan mempunyai minda kelas pertama," katanya.

Mohd Ali yang juga Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia berkata demikian pada majlis perasmian Sambutan dan Perhimpunan Hari Belia Negara peringkat negeri di Stadium Jasin, di sini malam kelmarin.

Perasmian disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Ismail Saleh; Exco Belia dan Sukan negeri, Datuk R Raghavan serta Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Datuk Idris Haron.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, semua pemimpin persatuan belia perlu sama-sama membantu usaha kerajaan mencegah dan membasmi gejala sosial, khususnya di kalangan belia.

Katanya, usaha itu amat dituntut kerana kumpulan terbesar yang terjebak dalam gejala sosial adalah belia.

Sebagai contoh katanya, pada tahun lalu, sebanyak 63 peratus daripada 95 kes jangkitan HIV dan 71 peratus daripada 620 penagih dadah yang dikesan di Melaka adalah tergolong dalam kumpulan belia.

"Justeru, adalah wajar semua pemimpin belia berganding bahu untuk membendung gejala sosial ini.

"Laksanakan program atau aktiviti yang boleh menarik minat mereka dengan hasrat untuk mengelakkan mereka terjebak dengan perkara tidak sihat serta meruntuhkan akhlak," katanya.


©The New Straits Times Press (M) Berhad
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my