• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow MBNS lancar Belia Islam Hadhari
MBNS lancar Belia Islam Hadhari PDF Cetak E-mail
Friday, 22 June 2007

SEREMBAN: Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS) baru-baru ini melancarkan program 'Belia Islam Hadhari' dalam usaha membela golongan belia.

Presiden MBNS, Khaidir Jamal, berkata program keagamaan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) itu diyakini mampu membina generasi belia yang berakhlak mulia dan positif.

Beliau berkata, pada peringkat awal, program berkenaan membabitkan belia dari kawasan bandar dan ia kemudian akan diperluaskan ke kawasan kampung terutama di tanah rancangan Felda.

"Sebelum ini, kita melancarkan program belia benci dadah dengan matlamat membantu kerajaan mengurangkan gejala itu yang sering dikaitkan dengan golongan belia sekali gus mencapai sifar dadah menjelang 2015.

"Kini menerusi program Belia Islam Hadhari, kita memberi fokus kepada usaha meningkatkan imej golongan berkenaan supaya belia negeri ini mencapai kejayaan dan kecemerlangan serta dihormati masyarakat," katanya di sini.

Katanya, masyarakat tidak harus memandang serong terhadap golongan belia walaupun ramai di kalangan mereka yang terjebak dengan aktiviti tidak sihat kerana pembabitan mereka tidak mencerminkan keseluruhan belia di negeri ini, sebaliknya ramai juga di kalangan mereka mencapai kejayaan membanggakan.

Khaidir berkata, beberapa belia negeri ini berjaya membuktikan ketrampilan mereka di peringkat antarabangsa antaranya ialah Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 34, yang menjadi seorang calon angkasawan negara dan berasal dari Ampangan.

Beliau berkata, N Deeparani, 25, turut mencipta nama dan berjaya dalam hidup apabila perisian komputer yang diciptanya digunakan oleh jabatan kerajaan di Washington, Amerika Syarikat.

"Ramai lagi belia dari negeri ini yang turut cemerlang dalam bidang lain seperti sukan," katanya.

Beliau berkata, menerusi Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan (RPBNS) yang diluluskan kerajaan negeri tahun lalu, pihaknya yakin usaha untuk mengangkat martabat belia negeri ini akan tercapai.

Menurutnya, RPBNS yang mengandungi tiga asas utama iaitu kepemimpinan, keusahawanan dan kemahiran dalam misi melahirkan belia berwawasan dan cemerlang, adalah pendekatan terbaik menjayakannya.

"Semua persatuan belia yang bernaung di bawah MBNS sudah diarah mengguna pakai RPBNS untuk memastikan setiap rancangan yang dilaksanakan mencapai kejayaan," katanya.


©The New Straits Times Press (M) Berhad

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my