| Kempen derma darah dapat sambutan |
|
|
|
| Tuesday, 22 May 2007 | |
|
KUALA LUMPUR: Kempen Derma Darah yang dianjurkan Pusat Darah Negara dan Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan muda yang mengambil kesempatan menderma darah sempena sambutan Hari Belia 2007, semalam. Kempen berkenaan diadakan serentak dengan Karnival Remaja sempena sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2007 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, sejak Sabtu lalu.
Penderma, Hedayah Tumian, 22, berkata pembukaan pusat derma darah sementara seperti itu membuka peluang kepadanya yang kali pertama menderma darah selepas gagal berbuat demikian kerana sibuk dengan tugas harian. “Pusat derma darah tetap dibuka pada waktu bekerja, tambahan pula waktu kerja saya tidak menentu dan ada masanya pulang ke rumah agak lewat. “Kebetulan saya dimaklumkan ada pusat menderma darah dibuka, jadi saya terus ke sini,” katanya. Kakitangan kerajaan, Mohd Hairudin Mohd Noor, 27, berkata dia menderma darah sejak lima tahun lalu dan menjadikan pusat menderma darah sementara sebagai pilihan. “Saya sudah lima kali menderma dan tempat yang menjadi pilihan adalah institusi pengajian tinggi dan pusat beli-belah. Saya tidak pernah ketinggalan berbuat demikian tiap kali melihat pusat seperti ini dibuka,” katanya. Beliau turut menggalakkan belia lain turut sama menderma darah bagi membantu golongan yang memerlukan selain menjaga kesihatan badan. Bagi Shafie Ahmad Yusof, 26, pusat derma darah sementara itu patut diperluaskan dan dibuka pada semua majlis besar, termasuk majlis hiburan kerana ia dihadiri lebih ramai orang. “Rakyat Malaysia sebenarnya prihatin, tapi apa yang membataskan penderma ialah masa dan tempat. Di samping menderma darah, mereka juga boleh berhibur. “Selain itu, penderma tidak takut berikutan jumlah penderma ramai dan disokong kawan yang turut menderma serta menaikkan semangat,” katanya. Sementara itu, Penolong Pegawai Penerangan Unit Perolehan dan Perhubungan Penderma Pusat Darah Negara, Norhasliwati Mohd Ali, berkata pihaknya mensasarkan lebih 120 pain darah dapat dikumpul berbanding hanya 100 pain pada tahun lalu. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my