• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow Pesta antidadah di Alor Star, KL
Pesta antidadah di Alor Star, KL PDF Cetak E-mail
Friday, 07 July 2006

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan akan memanfaatkan sepenuhnya kehangatan demam perlawanan akhir Piala Dunia 2006, Isnin ini, bagi membawa mesej dalam Kempen Belia Benci Dadah di kalangan masyarakat.

Untuk tujuan itu, Fiesta Piala Dunia 2006 yang bertema ‘Final Kick Party’ akan diadakan di dua tempat Ahad ini iaitu Alor Star, Kedah dan di Berjaya Times Square di ibu negara, anjuran Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata jika pesta itu mendapat sambutan hangat daripada belia seperti Piala Dunia sekarang, ia boleh digunakan sebagai platform Kempen Belia Benci Dadah.

"Kajian yang dijalankan mendapati, mesej mengenai bahaya penyalahgunaan dadah perlu dilakukan berulang kali, antara 10 hingga 30 kali supaya ia dapat diterima kelompok sasaran terutama belia," katanya pada sidang media mengumumkan pesta itu di sini, semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said dijangka merasmikan pesta itu di Kuala Lumpur, manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Mahdzir Khalid merasmikannya di Pekan Rabu, Alor Star.

Liow berkata, kementeriannya akan mengedarkan risalah dan mengadakan pameran Belia Benci Dadah pada kedua-dua majlis itu.

Beliau berkata, pihaknya juga yakin program yang dijangka dihadiri 15,000 peminat bola sepak itu juga mampu menyatupadukan tenaga rakyat terutama golongan belia dalam usaha membanteras pelbagai tabiat buruk termasuk berjudi serta gejala negatif yang tidak diingini.

Katanya, orang ramai yang menghadiri pesta berkenaan turut berpeluang menyaksikan persembahan artis tempatan dan memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk wang tunai RM3,000.


©The New Straits Times Press (M) Berhad
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
Terkini
MBM ajak belia kutuk serangan rejim Israel KUALA LUMPUR 4 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengajak seluruh warga belia untuk mengu... 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my