About Us | About Us |
|
|
|
| Thursday, 06 July 2006 | |
|
PENGENALAN Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah diiktiraf sebagai majlis belia peringkat kebangsaan bagi negara ini. Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab. TUJUAN Tujuan-tujuan utama majlis ialah : Berusaha menegak dan mengukuhkan prinsip sukarela dan demokratik dalam pergerakan belia. Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, badan-badan berkanun atau kepada badan-badan yang lain mengenai perkara-perkara berkaitan belia. Mengadakan dan menjalinkan hubungan dengan majlis-majlis lain dan pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan antarabangsa. Menggalakkan penghormatan antarabangsa, persefahaman antara kaum, kerjasama dan kesejahteraan menerusi kegiatan-kegiatan belia. Menganjurkan dan mengalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini. Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia. KEAHLIAN Keahlian MBM adalah terbuka kepada pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan Majlis-Majlis Belia Negeri di Malaysia yang mendukung matlamat serta usaha MBM. Sesebuah pertubuhan belia kebangsaan layak menjadi badan gabungan jika ia mempunyai tidak kurang dari 20,000 ahli perseorangan dan bergerak sekurang-kurangnya di enam daripada empat belas buah negeri di Malaysia. Pertubuhan itu juga hendaklah demokratik, dan bergerak sebagai pertubuhan sukarela, menjalankan urusan-urusan dengan berdikari dan memberikan peluang sepenuhnya kepada semua ahli untuk mengambil bahagian yang wajar dalam semua kegiatan, di samping keahlian itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Sekarang ini terdapat 36 buah badan kebangsaan dan majlis belia negeri serta 4 buah badan bersekutu yang bergabung dengan MBM (hampir kesemua pertubuhan belia di Malaysia) dengan jumlah ahli perseorangan tidak kurang dari 3 juta orang. Organisasi belia kebangsaan terbahagi kepada empat kategori iaitu; Organisasi Belia Biasa, Organisasi Belia Beruniform, Organisasi Belia Agama dan Organisasi Belia Pelajar. i. Organisasi Belia Biasa Organisasi Belia Biasa ini merupakan pertubuhan belia yang memberi tumpuan kepada aktiviti sosio-ekonomi. Mereka merupakan kumpulan yang terbesar dan mempunyai rangkaian di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung (akar umbi). Antarapersatuan yang terlibat dalam kategori ini ialah : 1. Gerakan Belia 4B Malaysia ii. Organisasi Belia Beruniform Organisasi belia beruniform kebanyakannya ditubuhkan di zaman penjajahan British pada awal abad ke 20. Aktiviti organisasi ini lebih tertumpu kepada gerakan perkhidmatan dan sosial. Kebanyakan organisasi pertubuhan dalam kategori ini terdapat di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan. Persatuan-persatuan tersebut ialah : 1. Briged Putera Malaysia iii. Organisasi Belia Agama Organisasi yang terletak di bawah kategori ini menjadikan agama sebagai landasan gerakan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan mengamalkan hidup beragama di kalangan ahli-ahli. Persatuan-persatuan yang tergolong dalam kategori ini ialah : 1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) iv. Organisasi Belia Pelajar Organisasi belia yang termasuk dalam kategori ini kebanyakkan daripada golongan masyarakat melayu. Matlamat mereka ialah bagi memperkembangkan kemajuan pendidikan belia pelajar yang sedang melalui alam persekolahan atau yang tercicir dalam bidang pendidikan. Persatuan belia yang termasuk dalam kategori ini ialah : 1. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) v. Majlis Belia Negeri Majlis Belia Negeri merupakan badan penyelaras belia peringkat negeri. Kecuali Sabah dan Sarawak, semua negeri-negeri mempunyai majlis belia negeri masing-masing. BADAN GABUNGAN MBM 1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) BADAN BERSEKUTU MBM 38. Persatuan Belia Sikh Malaysia PERHUBUNGAN i. Hubungan dengan Kerajaan MBM mempunyai hubungan yang erat dengan kerajaan, terutamanya melalui Kementerian Belia dan Sukan dalam hal-hal yang bersangkutan dengan belia dan gerakan belia. MBM juga turut bekerjasama dengan lain-lain agensi kerajaan samada sebagai perunding atau jawatankuasa dalam beberapa badan yang ditubuhkan oleh agensi berkenaan. ii. Hubungan dengan lain-lain badan bukan kerajaan MBM saling menjalinkan hubungan baik dengan lain-ain agensi bukan kerajaan seperti Persatuan Pengguna, Alam Sekitar, PEMADAM, Pergerakan Wanita, Persatuan Kebajikan dan sebagainya. iii. Hubungan dengan Pertubuhan Antarabangsa Dalam hubungan antarabangsa, MBM mengamalkan Dasar terbuka dan liberal tetapi selari dengan Dasar Luar Negara kerajaan. MBM sentiasa memperkukuhkan hubungan antarabangsanya di samping terlibat secara aktif menyertai program-program antarabangsa yang dianjurkan. Keutamaan hubungan antarabangsa MBM ialah melalui pertubuhan peringkat sub-regional, regional dan antarabangsa lainnya. Dalam hal ini, pertubuhan-pertubuhan yang menjadi keutamaan MBM dalam Dasar Luarnya adalah CAYC, AYC, WAY dan lain-lain. STRUKTUR Perhimpunan Agung merupakan peringkat tertinggi dalam menentukan dasar dan pendirian Majlis, Perhimpunan yang bersidang setahun sekali ini juga bertanggungjawab memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja, menerima dan meluluskan laporan tahunan, penyata dan neraca kewangan. Setiap badan gabungan menghantar perwakilan ke Perhimpunan ini. Di bawah Perhimpunan Agung ini terdapat Dewan Tertinggi yang dianggotai oleh Jawatankuasa Kerja MBM dan seorang wakil dari tiap-tiap badan gabungan MBM. Dewan Tertinggi adalah quasi-legistive dan bertanggungjawab menentukan dasar, pendirian serta program MBM yang tidak dapat diputuskan oleh Perhimpunan Agung. Di samping itu Dewan Tertinggi juga berkuasa memandu perjalanan Jawatankuasa Tetap dan Khas yang dilantiknya. Kemudian terdapat pula Jawatankuasa Keja (EXCO) yang berfungsi sebagai badan petugas Majlis. Jawatankuasa Kerja yang dipilih oleh Perhimpunan Agung ini terdiri daripada seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden, seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari Kehormat, dua belas orang Ahli Jawatankuasa Kerja dan seorang wakil dari Kementerian Belia dan Sukan sebagai ex-officio. Jawatankuasa Kerja melaksanakan semua program selaras dengan dasar-dasar yang ditentukan oleh Perhimpunan Agung dan Dewan Tertinggi. Berikut terdapat Jawatankuasa Tetap yang bertugas dalam perkara-perkara tertentu seperti Pentadbiran, Hal Ehwal Antarabangsa, Kewangan, Penerangan, Pendidikan, Pembangunan, Perindustrian, Pertanian, Hari dan Minggu Belia Negara dan Hal Ehwal Wanita. Bagi melaksanakan tugas-tugas selain daripada yang dinyatakan di atas, MBM telah membentuk beberapa Jawatankuasa Khas seperti Bangunan, Integrasi Nasional, Sukarelawan, Remaja, Anti Dadah dan lain-lain. Seterusnya terdapat sekretariat yang menjalankan kerja-kerja pentadbiran, perhubungan dan perkhidmatan. Sekretariat MBM diketuai oleh Setiausaha Agung dengan dibantu seramai 6 orang kakitangan sepenuh masa. Introduction THE Malaysian Youth Council (MYC) is the national umbrella body of youth organisations in Malaysia. The council was established on July 23, 1948. It has three million members in 40 affiliates. MYC achieves its targets by strengthening youth organisations through idealism, activism and intellectualism. It also encourages the exploration of new fields in youth and national development and heightens the spirit of volunteerism among youths. |
Kementerian Belia Kenya lawat MBM
Kuala Lumpur, 3 Mac 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) merasa bertuah kerana telah didatangi o...
Seluar jeans julang nama
Oleh Misiah Taib Idris Haron
Idris jadi tempat rujukan jika pelajar kehi...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 
| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my